snippets | petikan filem | Perfileman | Tiada | Babak-babak yang terdapat dalam sesebuah filem yang sering dipetik oleh pengkritik atau pengulas filem untuk siri hiburan menerusi radio atau televisyen sebagai ulasan. |
parallel action | lakonan selari | Komunikasi | Tiada | Lakonan yang mengandungi dua babak yang mengalami berkembangan cerita dengan cara yang sama dan berlaku serentak. Babak-babak ini akan ditayangkan secara berselang-seli dan setiap plot dalam kedua-dua babak itu akan ditunjukkan satu persatu sehingga kedua-duanya tiba ke kemuncak cerita. |
act tune | muzik selingan | Muzik | Tiada | Bunyi-bunyian yang dimainkan semasa tirai diturunkan di antara babak-babak dalam opera. |
delayed action | aksi tangguh | Komunikasi | Tiada | Aksi watak yang memberikan tindak balas yang lambat apabila menghadapi babak-babak tertentu. Tujuannya ialah untuk menimbulkan kesan dramatik, tetapi kadangkala boleh memberikan kesan yang sebaliknya. |
act | babak | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian dalam sesuatu cerita, lakonan atau sandiwara. Babak juga merupakan elemen struktur mekanikal dalam drama. Contohnya, sesetengah drama Shakespeare mempunyai lima babak, sementara drama Ibsen mempunyai empat babak. Kebanyakan drama moden pada kukun ke-20 boleh dibahagikan kepada tiga babak sahaja. Babak pula dibahagikan kepada beberapa adegan dan setiap adegan diolah untuk menyumbang kepada pengaliran cerita. Lihat juga adegan. |
act | babak | Kesenian | Drama dan Teater | Bahagian utama dalam struktur karya drama. Drama panjang yang biasanya mengandungi beberapa babak dan dalam salah satu babak tersebut mengandungi pecahan kecil dikenali sebagai adegan. Lihat jugaadegan. |
act | babak | Komunikasi | Tiada | Rangkaian adegan yang membentuk sebahagian daripada cerita. Rangkaian babak akan membentuk keseluruhan cerita. |
complication | ruwetan | Kesusasteraan | Tiada | Halangan yang wujud dalam naratif atau drama yang menyebabkan jalan cerita berubah atau menyimpang daripada plot yang sedang dikembangkan. Halangan ini biasanya muncul secara mendadak atau tiba-tiba dalam bentuk konflik atau kerumitan. Contohnya, apabila kuasa yang bertentangan bertembung atau munculnya maklumat baharu tentang watak atau situasi yang menambahkan masalah, atau timbulnya salah faham. Kerumitan ini diselesaikan dalam bahagian peleraian cerita. Dalam tragedi lima babak, babak kedua sering dikenali sebagai �babak keruwetan�. Lihat juga aksi, aksi menaik, peleraian. |
off-scene | luar babak | Komunikasi | Tiada | Suara atau bunyi yang kedengaran dalam sesebuah babak tetapi tidak diketahui punca atau sumbernya. |
bridge music | muzik titian | Komunikasi | Tiada | Muzik yang digunakan untuk menyambung satu segmen, babak atau rancangan dengan segmen, babak atau rancangan yang lain. muzik penyambung. |