dogtooth tuna | aya tenggiri | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Gymnosarda unicolor, iaitu sejenis ikan berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian belakang badannya berwarna biru kehijau-hijauan dan di bahagian sisinya berwarna keperak-perakan. Saiz badannya boleh membesar sehingga 2.50 meter. Ikan jenis ini hidup secara berkumpulan di laut lepas serta bermigrasi dalam jarak yang jauh mengikut musim. Aya tenggiri dikategorikan sebagai ikan rekreasi dan boleh ditangkap dengan cara mengerek (mengolak) atau merawai. |
longtail tuna | aya hitam | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Thunnus tonggol, iaitu sejenis ikan yang berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian atas badannya berwarna biru gelap sehingga kehitam-hitaman, manakala bahagian bawah badannya berwarna putih keperak-perakan. Ikan jenis ini hidup secara berkumpulan di laut lepas serta bermigrasi dalam jarak yang jauh mengikut musim. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan rekreasi dan boleh ditangkap dengan cara mengolak atau merawai. Nama lain bagi ikan ini ialah tongkol dan aya. |
kawakawa | aya kurik | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Euthynnus affinis, iaitu sejenis ikan yang berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian belakang badannya berwarna biru kehijau-hijauan, manakala bahagian sisi dan perutnya berwarna putih keabu-abuan. Terdapat garis bercorak belang-belang serong yang beralun di bahagian hujung badan ikan jenis ini. Aya kurik hidup secara berkumpulan di laut lepas dan gemar memakan ikan kecil, sotong dan udang. Tabiat ikan ini suka berkumpul di bawah objek terapung seperti batang kayu, peranti pengumpul ikan atau objek-objek lain. Ikan ini menjadi tumpuan pemancing kerana sifatnya yang suka melawan. Nama lain bagi ikan ini ialah tongkol kurik. |
frigate tuna | aya selasih | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Auxis thazard, iaitu sejenis ikan yang berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian belakang badannya berwarna kebiru-biruan, bahagian perut berwarna putih, manakala bahagian atas kepalanya berwarna keungu-unguan gelap atau hampir hitam. Ikan jenis ini berenang dalam kumpulan besar pada musim tenang dan gemar memakan ikan pelagik kecil dan plankton. Tabiat ikan ini suka berkumpul di bawah objek terapung seperti batang kayu, peranti pengumpul ikan atau objek-objek lain. Ikan ini menjadi tumpuan pemancing kerana sifatnya yang suka melawan. Nama lain bagi ikan ini ialah tongkol selasih dan bakulan. |
contrapposto | kontraposto | Kesenian | Tiada | Bentuk figur yang seluruh berat badannya berdiri di atas sebelah kaki dan sebahagian dari badannya berpaling ke arah yang berlainan. |
flying boat | bot terbang | Aeroangkasa | Tiada | Pesawat yang badannya berbentuk seperti kapal untuk mendarat dan berlepas di atas air.,Penerbangan aerobatik dalam keadaan pesawat udara terbalik.,Pesawat yang badannya berbentuk seperti kapal untuk mendarat dan berlepas di atas air. |
cutaway model | model keratan | Kesenian | Tiada | 1. Model sesuatu benda yang dihasilkan sebahagian sahaja badannya untuk menunjukkan bahagian-bahagian yang terlindung.,2. Model yang dipotong sebahagian badannya untuk menunjukkan bahagian sebelah dalamnya. |
yueh qin | yueh qin | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut. Badannya berbentuk bulat dan diperbuat daripada kayu. Lehernya pendek dan berfret. Empat utas tali logam yang dipasang pada badan dan leher alat muzik tersebut dipetik dengan plektrum. Yueh qin yang terdapat di China menghasilkan melodi dalam orkestra Cina moden yang dikenali sebagai huayue tuan. Alat muzik ini juga dikenali sebagai lut bulan kerana bentuk badannya seperti bulan purnama. |
gynander | ginander | Biologi | Genetik | Organisma yang badannya terdiri daripada kelompok sel jantan dan betina. |
lopak | lopak | Sukan | Tiada | Alat yang bahagian badannya daripada kayu dan kepalanya daripada kepingan logam yang tipis biasanya cekung, digunakan sebagai tapak khusus untuk permainan gasing uri. |