white light corona | korona cahaya putih | Matematik | Tiada | Bahagian korona yang terdiri daripada korona K dan korona F yang bertindan dan korona E-nya hanya dapat dicerap pada panjang gelombang tertentu dengan bantuan kronograf Lyot di balai cerap yang tinggi tempatnya. |
powder post beetle | kumbang bubuk | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kumbang perosak kayu daripada famili Bostrychidae dan Lyctidae. Larva kumbang ini mengorek bahagian kayu gubal yang kering atau setengah kering, terutama kayu keras. Serangan nya dikenali dari[pada habuk halus di tepi lubangyang telah dikorek dan ukuran lubang kira-kira 1.5 mm hingga 3 mm mengikut spesiesnya, misalnya kumbang Lytus spp. |
Achenese gravestone | nisan Acheh | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Batu tanda pada kubur yang mempunyai pengaruh Acheh yang diperbuat daripada batu pasir. Batu tanda ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu puncak, kepala, bahu, badan bahagian atas, bawah dan dasar. Batu tanda turut dilengkapi dengan ayat suci al-Quran, puisi Arab dan kalimah syahadah. Terdapat beberapa pola hias yang berbentuk simbolik seperti cungkup di bahagian puncak yang dikaitkan hubungan antara manusia dengan pencipta-Nya. Hiasan bunga roset dibahagian bahu atau sayap dan sarang labah-labah di bahagian dasar dianggap sebagai perlambangan hidup yang tidak kekal. Pada bahagian tertentu terdapat nama si mati dan angka tahun kematiannya. Batu tanda ini hanya digunakan oleh golongan sultan dan kaum kerabatnya sahaja. Batu tanda ini berbentuk persegi empat dan kemudiannya berkembang kepada bentuk bulat. Bentuk batu tanda untuk lelaki mempunyai sayap atau bahu yang melengkung ke dalam atau ke atas berbanding wanita. Di Semenanjung Malaysia, batu tanda ditemui dalam sekitar abad ke-15 M hingga ke |
compound interest disease | penyakit bunga majmuk | Biologi | Patologi | Penyakit yang berpunca daripada sumber inokulum yang meningkat dari semasa ke semasa dalam suatu musim. Oleh itu patogennya mempunyai beberapa keturunan dalam satu musim tanam. Pada penyakit ini, kadar pertumbuhan (r)nya dinyatakan sebagai: r = Log ( X/(1-X) ) X ialah proporsi bahagian tumbuhan atau individu yang sakit berbanding dengan yang sihat. bd. penyakit bunga ringkas. |
simple interest disease | penyakit bunga ringkas | Biologi | Patologi | Penyakit yang berpunca daripada sumber dan bilangan inokulum yang sama sepanjang masa dalam suatu musim tanam dan biasanya hanya mempunyai satu keturunan sahaja, contohnya ialah penyakit bawaan tanah. Pada penyakit ini, kadar pertumbuhan (r)nya dinyatakan sebagai: r = Log ( X/(1-X) ) X ialah proporsi bahagian tumbuhan atau individu yang sakit berbanding dengan yang sihat. bd. penyakit bunga majmuk. |
chanson | chanson | Muzik | Tiada | Lagu popular yang berasal dari Perancis dan Itali pada abad ke-14 hingga akhir abad ke-16. Chanson digubah untuk nyanyian solo yang diiringi alat muzik atau nyanyian bercorak polifoni. Bentuk karya jenis ini dibahagikan kepada lebih daripada satu bahagian. Karya jenis ini juga digubah secara homofoni. Contoh chanson pada Zaman Pertengahan ialah chanson troubadour dan trouvè
|