refractive constant | pemalar biasan | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah kelajuan sinaran dalam bahantara pertama berbanding dengan bahantara kedua. |
ether drag | seretan eter | Fizik | Mekanik | Nisbah halaju eter di dalam bahantara lut sinar berbanding dengan halaju bahantara itu sendiri bersamaan dengan t - 1/n2, n = indeks biasan bahantara itu. |
aqueous medium | bahantara basah | Kesenian | Tiada | Bahantara yang digunakan oleh pelukis dalam bentuk basah atau cecair. |
mixed medium | bahantara campuran | Kesenian | Tiada | Bahantara pengkaryaan yang mengandung berbagai-bagai bahan. |
dichroic medium | bahantara dikroik | Kejuruteraan | Tiada | Bahantara dwirefringen yang menghantar sinaran terkutub dalam satu satah tertentu dan menyerap sinaran terkutub serenjang. |
lasing medium | bahantara las | Kejuruteraan | Tiada | Bahantara aktif yang memancarkan sinar koheren. |
lossy medium | bahantara hilang/medium kehilangan | Kejuruteraan | Tiada | Bahantara yang lebih menyerap atau menyerak sinaran yang merambat melaluinya. |
MDI (medium dependent interface) | MDI (antara muka sandar bahantara) | Teknologi Maklumat | Tiada | Antara muka yang bergantung kepada jenis bahantara yang digunakan dalam rangkaian. |
critical angle of incidence | sudut tuju genting | Kejuruteraan | Tiada | Sudut tuju cahaya yang bertolak dari bahantara yang lebih tumpat kepada bahantara yang lebih longgar, apabila tujuan setempat berlaku. |
filter | penuras | Kejuruteraan | Petroleum | Peranti atau bahantara yang bersifat poros yang digunakan untuk memisahkan bendalir daripada bahan-bahan pepejal yang terampai di dalamnya. Proses pemisahan dilakukan dengan cara mengalirkan bendalir berkenaan melalui peranti atau bahantara yang digunakan. |