retargeting | penyasaran semula | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses kejuruteraan yang menukarkan hos dan port sistem yang sedia ada kepada konfigurasi yang baharu. Konfigurasi ini termasuk platform perkakasan baharu, sistem pengendalian baharu atau platform CASE baharu. |
product innovation | inovasi produk | Pengurusan | Perancangan | Proses pencetusan idea baharu untuk menghasilkan produk baharu atau menambah baik produk sedia ada bagi memenuhi kehendak pelanggan. Contohnya, sebuah syarikat pengeluar peralatan rumah telah berjaya menghasilkan kipas tanpa bilah yang lebih mesra pelanggan dan baik untuk kesihatan. |
informative advertisting | iklan maklumat | Pentadbiran | Tiada | Pengiklanan yang memberi maklumat kepada pengguna tentang keluaran baharu atau ciri baharu sesuatu keluaran. |
diversification | pempelbagaian | Pengurusan | Perancangan | Suatu pendekatan strategik yang melibatkan keputusan untuk mempelbagaikan aktiviti syarikat, sama ada dengan menambah kategori produk lini, mewujudkan entiti perniagaan yang baharu atau memasuki pasaran baharu. Tujuan pempelbagaian dilakukan adalah untuk mengurangkan risiko dengan menambah aktiviti perniagaan yang mempunyai potensi yang berbeza, termasuk dengan membeli beberapa entiti yang berlainan (saham syarikat atau entiti perniagaan). Melalui pendekatan pempelbagaian ini, sekiranya berlaku kegagalan sesuatu produk atau entiti perniagaan, ia tidak akan memusnahkan keseluruhan portfolio yang dimiliki oleh sesebuah syarikat. Contohnya, pembuat kereta yang mengeluarkan pelbagai jenis model akan mengurangkan risiko kegagalan syarikat sekiranya salah satu model keretanya tidak berjaya dalam pasaran. |
new product | keluaran baharu | Pentadbiran | Tiada | Barangan, perkhidmatan atau idea yang ditanggap sebagai baharu oleh bakal pelanggan. |
new product development | pembangunan keluaran baharu | Pentadbiran | Tiada | Tatacara pemasaran yang membangunkan idea baharu supaya menjadi keluaran atau meningkatkan kualiti keluaran yang sedia ada. |
new product strategy | strategi keluaran baharu | Pentadbiran | Tiada | Strategi yang mengaitkan proses pembangunan idea baharu untuk mendapatkan sesuatu keluaran dengan objektif pemasaran dan objektif syarikat. |
process innovation | inovasi proses | Pengurusan | Perancangan | Proses pencetusan idea baharu untuk menghasilkan kaedah operasi yang baharu atau lebih baik. Inovasi proses dapat menjimatkan kos operasi, meningkatkan kecekapan operasi dan kepuasan pelanggan serta warga kerja organisasi. Contohnya, sebuah perpustakaan yang melakukan penambahbaikan dalam proses peminjaman buku daripada kaedah manual (melalui kaunter) kepada kaedah automasi (menggunakan mesin layan diri). |
parallel conversion | peralihan selari | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem baharu yang diperkenalkan selari dengan sistem lama sehingga sistem baharu mantap. |
fresh | segar; bersih; baharu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Segar: Sesuatu yang baru dikeluarkan, baru tiba atau baru dipetik.,2. Bersih: Sesuatu yang tidak kotor atau dicemar.,3. Baharu: Sesuatu yang tidak buruk, lusuh, kumal dan sebagainya, belum pernah atau belum lama dipakai atau terpelihara dengan baik. |