Chinese Writer | Penulis Bahasa Cina | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
Chinese Language School | Sekolah Bahasa Cina | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
oral formula | formula lisan | Kesusasteraan | Tiada | Cara yang sudah ditetapkan dalam menghasilkan tradisi lisan. Contoh: bahasa berirama, watak Bujang Selamat dan Si Kembang Cina dalam lipur lara atau Wak Dogol dalam Wayang Kulit Melayu. |
po-te-hi | po-te-hi | Muzik | Tiada | Teater patung sarung tangan Cina yang dipersembahkan dalam bahasa Hokkien untuk meraikan hari kelahiran dewa-dewi di kuil Cina di Malaysia dan di Indonesia. Patung tiga dimensi po-te-hi dimainkan oleh dua orang dalang yang memakai sarung patung, menyanyi dan berdialog. Cerita teater ini berkisar tentang kehidupan dan jasa raja serta golongan bangsawan, peperangan antara wilayah dan jeneral serta kasih sayang antara pegawai dengan gadis cantik. Teater ini diiringi ensem |
aristocrat | bangsawan | Kesenian | Drama dan Teater | Persembahan teater Melayu yang menggunakan unsur lakonan, muzik, tarian, nyanyian dan lawak serta kelengkapan pentas dalam bentuk set tirai. Secara tradisinya, persembahan bangsawan tidak mempunyai skrip dan banyak bergantung pada kebolehan para pelakonnya untuk membawa cerita. Kebiasaannya, kisah dalam bangsawan berkisar tentang raja-raja dan golongan bangsawan. Terdapat juga kisah berdasarkan sejarah tempatan, kisah Islam, cerita Hindi, cerita Cina dan lain-lain. Bangsawan berasal dari Bombay, India dan dibawa oleh sekumpulan pelakon teater Parsi (dikenali sebagai wayang Parsi) yang menyampaikan persembahannya dalam bahasa Urdu. Apabila wayang Parsi tidak lagi aktif, persembahan bangsawan diambil alih oleh pelakon tempatanyang menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri dalam bahasa Melayu. Contoh cerita bangsawan ialah Jula Juli Bintang Tujuh, Laksamana Mati Dibunuhdan Bawang Putih Bawang Merah. Sinonimwayang Parsi. |
bangsawan | bangsawan | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis teater bersifat opera yang mengandungi lagu, muzik, dialog dan dipersembahkan tanpa skrip. Walaupun tanpa skrip, rangka lakon atau senario setiap cerita ditampalkan di belakang pentas untuk dijadikan panduan. Justeru, persembahan bangsawan banyak memanfaatkan teknik improvisasi dalam dialog dan aksi. Ciri-ciri lain termasuklah penggunaan latar yang diwarnakan, aksi yang streotaip, serta muzik dan tarian yang tidak dirancang. Cerita bangsawan berkisar tentang dalam raja, istana dan dewi-dewi. Ada juga cerita berdasarkan sejarah tempatan, kisah Islam, cerita Hindi, cerita Cina, dan lain-lain. Bangsawan berasal dari Bombay, India dan dibawa oleh sekumpulan pelakon teater parsi (dikenali sebagai Wayang Parsi) yang menyampaikan persembahannya dalam bahasa Urdu. Apabila wayang Parsi tidak lagi aktif, persembahan bangsawan diambil alih oleh pelakon tempatan yang menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri dalam bahasa Melayu. Kumpulan bangsawan yang terkenal dan rpfesional di Pulau Pinang ialah Pushi Indera Ban |
phleeng | phleeng | Muzik | Tiada | Lagu atau karya muzik instrumental dan vokal dalam muzik klasik atau muzik popular Thailand. Phleeng dalam bahasa Thai bermaksud lagu. Contohnya, phleeng maach dan phleeng ciin yang bermaksud lagu mac dan lagu Cina. Sinonim phleng, pleng. |
jing xi | jing xi | Muzik | Tiada | Nama Mandarin untuk opera Beijing yang muncul pada abad ke-18 dan abad ke-19 di China Utara. Terdapat dua jenis instrumentasi asas yang mengiringi opera Beijing. Pertama, alat muzik genderang seperti bo (simbal), luo (gong) dan gu (dram) yang dikategorikan sebagai ensembel militari. Kedua, alat muzik tali huqin, yueh qin dan pipa yang dikategorikan sebagai ensembel sivil. Opera Beijing dipersembahkan dalam bahasa Mandarin. Jing xi bermaksud rama-rama ibu kota. Sinonim ching hsi, opera Beijing. Lihat juga opera Cina. |