regional language | bahasa daerah | Linguistik | Tiada | Tiada |
in the vernacular | dalam bahasa daerah | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
diacritic | diakritik | Kesusasteraan | Tiada | Tanda bacaan tertentu yang terdapat pada bahagian atas atau bahagian bawah sesuatu huruf untuk menunjukkan cara sebenar bunyi sesuatu perkataan disebut. Tanda bacaan berkenaan penting apabila melibatkan aktiviti pertuturan lisan atau penggunaan bahasa berkenaan. Contohnya, diakritik tulisan Arab kepada tulisan Rumi. Dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional, unsur diakritik sangat diperlukan dalam filologi, khususnya berkaitan dengan kerja transkripsi dan transliterasi teks Melayu Jawi (berasaskan abjad Arab) ke tulisan Rumi. Teks Melayu tradisional kaya dengan penggunaan bahasa daerah dan bahasa Arab. Transkripsi atau transliterasi sesuatu perkataan terutamanya bahasa daerah atau Arab halus dibuat dengan tepat agar bunyi asal sebutan perkataan berkenaan dapat dikekalkan. Lihat juga al-majdz al-�aqli� |
local colour | warna setempat | Kesusasteraan | Tiada | Perincian tentang sesuatu tempat atau daerah dari segi bahasa, dialek, adat resam, pakaian, dan sikap. Perincian ini digunakan untuk menghidupkan latar yang meyakinkan bagi sesebuah novel, naratif atau drama. Karya ini biasanya dihasilkan oleh pengarang tempatan (yang berasal dari tempat berkenaan) atau terbit daripada penyelidikan rapi tentang tempat tersebut. Karya bercorak warna setempat mula mendapat perhatian pada penghujung kurun ke-19 di Amerika Syarikat. Pada masa itu, timbul minat dalam kalangan pengarangnya untuk mengetahui perbezaan yang begitu ketara antara daerah dengan daerah benua yang luas itu. Seterusnya mereka memulakan penulisan bentuk cereka yang mencerminkan ciri-ciri khusus dan tersendiri tentang daerah berkenaan. Rata-rata perincian kedaerahan ini digunakan untuk menghiasi latar belakang sesebuah cereka. Namun, apabila perincian tersebut menjadi bahagian penting dalam sesebuah cereka, perincian itu dirujuk sebagai kedaerahan dan regionalisme. Antara penulis Amerika yang terkenal dengan |
dialectology | dialektologi | Sosiolinguistik | Tiada | Kajian perbezaan variasi bahasa secara daerah atau sosial, dikenal pasti dengan set perkataan dan struktur nahu yang khusus. |
social dialect | dialek sosial | Sosiolinguistik | Tiada | Variasi bahasa yang berbeza yang dicirikan oleh faktor kelas, jantina dan umur, mempunyai persamaan bahasa di kalangan kumpulan sosial yang sama walaupun dari daerah yang berbeza, berbanding dengan penutur kumpulan sosial yang tidak sama dari daerah yang sama. |
language society | masyarakat bahasa | Sosiolinguistik | Tiada | Kumpulan manusia yang dapat dikenal pasti berkongsi sistem bahasa yang didefinisikan sama ada secara daerah mahupun sosial. |
minority rights | hak golongan minoriti | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hak kelompok kecil orang yang sama keturunan, agama, bahasa, dan budaya yang tinggal di sesebuah negara, daerah atau tempat yang majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama, bahasa dan budaya. Hak golongan tersebut terbahagi kepada dua, iaitu pertama, hak normal individu seperti hak untuk hidup dan hak kepada harta, dan kedua, hak bersama. Hak bersama merangkumi hak untuk mengamalkan budaya sendiri, menganuti dan mengamalkan agama sendiri, serta menggunakan bahasa sendiri. Bagi orang kelainan upaya, hak mereka termasuklah hak mengakses kemudahan awam, informasi dan pekerjaan, serta hak mendapat pendidikan secara inklusif. Hak golongan minoriti hendaklah dijamin oleh kerajaan agar mereka terpelihara daripada diskriminasi, penganiayaan dan penindasan. Hak golongan minoriti ada disentuh oleh Waad Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966. |
dialect | dialek | Sosiolinguistik | Tiada | Variasi bahasa yang berbeza-beza berdasarkan daerah sosial, yang boleh dikenal pasti dengan set-sel perkataan atau struktur nahu yang khusus. |
dialect area | kawasan dialek | Linguistik | Tiada | Daerah geografi yang diliputi oleh dialek sesuatu bahasa, dibatasi oleh isoglos yang menggariskan perbezaan sebutan, tatabahasa, dan kosa kata. |