programming language | bahasa pengaturcaraan | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu set peraturan yang menyuruh komputer untuk melaksanakan operasi yang tertentu. Bahasa pengaturcaraan digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi dan menyuruh komputer melakukan sesuatu tugasan. Bahasa pengaturcaraan adalah menyerupai bahasa tabii seperti bahasa Melayu dalam beberapa aspek. Contohnya, ia mempunyai perkataan, simbol dan sintaks tertentu. Untuk menulis atur cara, pengatur cara perlu mengetahui perkataan, simbol dan sintaks bagi bahasa pengaturcaraan tersebut. Dianggarkan terdapat lebih 1000 bahasa pengaturcaraan di dunia. Contoh bahasa pengaturcaraan termasuk Bahasa Mesin, Bahasa Penghimpunan, APL, Pascal, Java, Perl, Eifel, C, C++, Basic, Fortran, Lisp, Scheme, BETA, Lua, Visual Basic, Prolog, Haskell, Hugs dan COBOL. |
Sapir-Whorf hypothesis | hipotesis Sapir-Whorf | Sosiolinguistik | Tiada | Teori tentang bagaimana manusia melihat dunia, ditentukan oleh struktur bahasa ibunda atau bahasa natif. |
reference | rujukan | Kesusasteraan | Tiada | Hubung kait antara entiti linguistik dengan dunia hakiki. Dalam falsafah bahasa dan ilmu semantik, rujukan boleh difahami sebagai hubung kait simbolik antara ungkapan linguistik dengan sesuatu objek yang konkrit atau abstrak yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan atau dirujuk oleh sesuatu kata di dunia nyata diistilahkan sebagai rujukan kata tersebut, contohnya rujukan bagi kata �kucing� ialah haiwan kucing dalam dunia nyata. Rujukan merupakan suatu aspek maksud yang perlu dibandingkan dan dibezakan dengan maksud konseptual atau maksud kognitif sesuatu kata. Maksud konseptual diistilahkan sebagai maksud denotasi yang tiada kaitan dengan dunia nyata tetapi hanya wujud secara abstrak dalam sistem bahasa. Imej mental sesuatu rujukan boleh disamakan dengan apa yang dilambangkan dalam istilah Saussure. |
Big Five | Lima Kuasa Besar | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Lima negara kuasa besar dunia selepas Perang Dunia Kedua. Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis dan China adalah merupakan lima negara yang mempunyai kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB. Bahasa kesemua negara tersebut turut diterima untuk menjadi bahasa rasmi dalam urusan PBB. Contohnya, Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto apabila PBB menyekat penindasan Israel terhadap Palestin. |
virtual reality modelling language | bahasa pemodelan realiti maya (VRML) | Teknologi Maklumat | Perisian | Bahasa yang mempunyai format fail yang piawai bagi mewakili tiga dimensi (3D) grafik vektor interaktif yang direka khusus untuk jaringan sejagat (WWW). Aspek animasi, bunyi, cahaya dan aspek lain dalam dunia maya boleh berinteraksi dengan pengguna melalui atur cara yang dibina dalam Java atau JavaScript yang dipaut pada fail VRML. Fail VRML biasanya mempunyai sambungan format *.wrl. |
invented words | kata cipta | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan yang dicipta oleh pengarang, yang bercanggah dengan konvensi bahasa. Ciptaan perkataan sedemikian menjadikan dunia rekaan pengarang lebih meyakinkan selagi butir-butir perkataannya munasabah. Dalam novel bertajuk A Clockwork Orange, Anthony Burgess mencipta sejenis perkataan (bahasa ungkapan) untuk watak remaja yang kejam. Dalam novel ini, bahasa ciptaan Anthony disebut �Nadsort� dan perbendaharaan katanya hanya mengandungi 250 perkataan. |
MOO (MUD, object oriented) | MOO (MUD, berorientasi objek) | Teknologi Maklumat | Tiada | Sejenis MUD yang merangkumi bahasa pengaturcaraan yang berorientasikan objek yang digunakan oleh peserta untuk mencipta karakter dan dunia tersendiri. |
romance | roman | Kesusasteraan | Tiada | Naratif yang membicarakan tema kewiraan, pencapaian luar biasa wira serta sifat dan cinta kesateriaannya. Makna lain bagi roman ialah karya yang bukan ditulis dalam bahasa Latin dan cerita-cerita kesaterian Perancis lama. Cerita roman sering mengisahkan watak (atau kejadian) dalam dunia istana khayalan yang mengaitkan elemen fantasi, luar biasa, kemewahan, cinta, pengalaman mendebarkan, keajaiban, mitos dan kejahilan. Elemen fanstastik dalam karya roman sering menunjukkan ciri yang tidak realistik dengan watak yang berkemungkinan tidak wujud, latar hias cerita di luar dunia kini. Karya roman secara prinsipnya adalah untuk hiburan, tetapi boleh menjadi didaktik secara tidak sengaja. Watak utama dalam karya roman biasanya digolongkan dalam jenis yang berupa tipa induk. Kekuatan karya roman adalah pada paparan emosi yang dalam, subjektif, dan penuh keghairahan. Pada abad ke-13, karya roman berbentuk cerita pengalaman yang mendebarkan, kesateriaan atau cinta yang ditulis dalam bentuk lirik. Karya sebegini akhirny |
cosmopolitan writing | penulisan kosmopolitan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk penulisan yang memberi penekanan kepada isu, tema global, dan sejagat. Bentuk penulisan ini merangkumi bidang politik dan sosial. Gaya penulisan, corak dan penggunaan bahasa juga sesuai dengan bidang tersebut. Apabila berakhirnya zaman kolonial, muncul pula negara yang dikenali sebagai Dunia Ketiga. Imigrasi dan transmigrasi kaum berlaku dari negara ini ke negara maju yang biasanya bekas kuasa imperialis seperti Great Britain, Amerika Syarikat dan Perancis. Gordon Lewis menamakan fenomena diaspora sebegini sebagai kolonialisme terbalik. Isu berkaitan dengan individu turut mendapat perhatian, seperti isu pengalaman peribadi sebagai kaum pendatang. Konsep negara bangsa dan semangat nasionalisme juga mendapat perhatian dalam penulisan ini. Dengan perpindahan manusia, sempadan dunia menjadi kabur dan gaya hidup seharian masyarakat lebih bersifat global. Justeru, penulisan kosmopolitan memaparkan masyarakat atau individu sebagai suatu perwakilan global. Mitos, cerita ibarat dan cerita haiwan yang biasanya b |
rap | rap | Muzik | Tiada | Naratif vokal yang diucapkan dengan rentak tertentu. Rap merupakan satu elemen budaya hip-hop yang muncul dalam masyarakat orang kulit hitam di kota New York pada tahun 1970-an. Rap telah diadaptasikan oleh remaja di serata dunia dengan menggunakan bahasa dan dialek masing-masing untuk meluahkan perasaan. Dalam budaya hip-hop, penyanyi rap memakai kemeja-T, seluar besar, kasut kanvas, topi besbol dan menari tarian break. Rap juga dinyanyikan oleh deejay di kelab tarian. Contohnya, lagu rap di Malaysia termasuklah Fanatik oleh KRU dan Alhamdulillah oleh Too Phat. Lihat juga hip-hop. |