Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa malaysia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
electronic mail addressalamat mel elektronikTeknologi MaklumatTiadaMerujuk kepada pengenalan pengguna yang berdaftar dengan sesuatu pelayan mel elektronik yang dikendalikan oleh sesuatu organisasi tempat pengguna itu bekerja (seperti dpb (Dewan Bahasa dan Pustaka), ukm (Universiti Kebangsaan Malaysia), dan lain-lain), atau organisasi perniagaan/bebas (seperti yahoo, mimos, tmnet dan lain-lain). Alamat mel elektronik (atau e-mel) berbentuk seperti berikut: @ Contohnya, arh@dbp.gov.my bermaksud pengguna arh berdaftar dengan pelayan e-mel yang nama domainnya ialah dbp.gov.my. Pelayan e-mel akan menyediakan fail kotak e-mel yang saiznya bergantung kepada sesuatu organisasi (contohnya 1MB atau lebih) untuk menyimpan e-mel yang diterima, dihantar keluar ataupun disimpan oleh pengguna tersebut.
zapinzapinMuzikTiada

Muzik dan tarian rakyat yang diperkenalkan di Malaysia oleh orang Arab dari Hadramaut yang menetap di Johor sebelum abad ke-14. Terdapat dua jenis zapin di Johor, iaitu (i) Tarian dan muzik zapin Arab yang rancak dan bertenaga dipersembahkan oleh masyarakat keturunan Arab Johor. Lagu zapin berbentuk nyanyian pantun dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab. Zapin Arab diiringi alat muzik seperti oud atau gam

raprapMuzikTiada

 Naratif vokal yang diucapkan dengan rentak tertentu. Rap merupakan satu elemen budaya hip-hop yang muncul dalam masyarakat orang kulit hitam di kota New York pada tahun 1970-an. Rap telah diadaptasikan oleh remaja di serata dunia dengan menggunakan bahasa dan dialek masing-masing untuk meluahkan perasaan. Dalam budaya hip-hop, penyanyi rap memakai kemeja-T, seluar besar, kasut kanvas, topi besbol dan menari tarian break. Rap juga dinyanyikan oleh deejay di kelab tarian. Contohnya, lagu rap di Malaysia termasuklah Fanatik oleh KRU dan Alhamdulillah oleh Too Phat. Lihat juga hip-hop.

po-te-hipo-te-hiMuzikTiada

 Teater patung sarung tangan Cina yang dipersembahkan dalam bahasa Hokkien untuk meraikan hari kelahiran dewa-dewi di kuil Cina di Malaysia dan di Indonesia. Patung tiga dimensi po-te-hi dimainkan oleh dua orang dalang yang memakai sarung patung, menyanyi dan berdialog. Cerita teater ini berkisar tentang kehidupan dan jasa raja serta golongan bangsawan, peperangan antara wilayah dan jeneral serta kasih sayang antara pegawai dengan gadis cantik. Teater ini diiringi ensem

heavy metal rockrock heavy metalMuzikTiada

 Rock yang menggabungkan alat muzik dram dan gitar bes elektrik yang dimainkan dengan kuat. Penyanyinya pula menggunakan suara vokal yang tegang. Kumpulan heavy metal dan peminatnya merupakan satu subbudaya yang menonjolkan gaya hidup, pakaian, rambut dan bahasa tersendiri. Contoh kumpulan yang memainkan muzik heavy metal di Malaysia ialah Search, Lefthanded, Bumiputra Rockers dan Wings.

pressure groupkumpulan pendesakPentadbiranPentadbiran Awam

Pertubuhan sukarela yang dibentuk secara rasmi untuk mewakili kepentingan kelompok tertentu bagi mempengaruhi proses penggubalan dasar kerajaan. Kumpulan ini akan melakukan apa sahaja tindakan sama ada secara formal atau tidak formal untuk mencapai hasrat dan matlamat mereka. Kelompok ini tidak terlibat dalam proses pembentukan kerajaan tetapi mempunyai kepentingannya sendiri dan bergerak untuk memelihara kepentingan tersebut. Secara keseluruhannya, pergerakan kumpulan ini untuk kepentingan awam namun, secara khusus adalah untuk memelihara kepentingan tertentu seperti kebersihan alam sekitar, bahasa, kebajikan buruh, pengguna, pelajar, wanita, anak seni, kebebasan politik dan sebagainya. Mereka mendesak kerajaan melalui pelbagai cara seperti melobi, menulis surat atau memorandum kepada pihak berkuasa, berjumpa dan berunding dengan anggota pemerintah, mengadakan demonstrasi dan pelbagai program kempen dan poster. Contoh kumpulan pendesak di Malaysia ialah Kongres Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), K

hip-hophip-hopMuzikTiada

Budaya sekumpulan orang kulit hitam di Amerika Syarikat yang mengutamakan rap, tarian break, lukisan grafiti, keme-ja-T dan seluar besar, kasut kanvas dan topi besbol. Hip-hop berasal dari kota New York pada tahun 1970-an. Budaya hip-hop telah tersebar ke negara lain dan disesuaikan dengan ciri tempatan seperti bahasa, loghat, melodi dan rentak. Contoh kumpulan hip-hop di Malaysia, termasuklah Poetic Ammo, VE dan Teh Tarik.

zarzuelazarzuelaMuzikTiada

Opera popular di Filipina yang wujud pada abad ke-19 dan abad ke-20. Opera ini diperkenalkan di Filipina oleh orang Sepanyol pada tahun 1878. Zarzuela dipersembahkan di pen­tas prosenium dengan iringan orkestra Barat. Tema cerita tentang kasih sayang golongan raja dan bangsawan. Pada awal abad ke-20, zarzuela mencantumkan ciri negara Filipina se­perti bahasa Tagalog dan cerita masyarakat Filipina. Zarzuela mempunyai persamaan dalam gaya pementasan dengan opera lain di Asia Tenggara seperti bangsawan di Malaysia, ludruk Kembali ke atas