natural language | bahasa semula jadi | Teknologi Maklumat | Perisian | Bahasa pengaturcaraan komputer yang lebih maju daripada bahasa berorientasikan objek. Bahasa ini diklasifikasikan sebagai bahasa generasi kelima. Sekiranya dibandingkan dengan bahasa pengaturcaraan yang lain, bahasa ini mempunyai sintaks yang mirip bahasa percakapan manusia. Contohnya, aplikasi pengecaman suara. |
parole | parole | Kesusasteraan | Tiada | Usaha menggabungkan bahan bahasa untuk menghasilkan percakapan atau penulisan. Parole penting dalam teori strukturalisme yang mempunyai makna percakapan. Parole diperkenalkan oleh seorang ahli linguistik, Ferdinand de Saussure dengan istilah langue menunjukkan sistem atau aspek keseluruhan bahasa, iaitu semua elemen bahasa seperti tatabahasa dan sintaksis, serta kepelbagaian corak, dalam koleksi bawah sedar manusia yang dikongsi bersama. Oleh sebab langue bertumpu pada apa yang digunakan oleh manusia ketika berfikir dan memberi konsep, maka langue dianggap konsep yang abstrak. Parole pula bertumpu pada apa yang digunakan oleh manusia semasa proses percakapan dan penulisan merupakan konsep yang konkrit. |
colloquial language | bahasa basahan | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa yang digunakan dalam percakapan sehari-hari dan bukan dalam bentuk bahasa formal. |
expressive language | bahasa ekspresif | Pendidikan | Tiada | Bahasa yang terhasil melalui percakapan atau penulisan, contohnya penyebutan, tatabahasa yang betul dan penulisan surat. |
colloquialism | bahasa basahan | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa yang digunakan dalam perbualan dan percakapan harian, atau dalam tulisan yang tidak formal. Dalam sastera khususnya drama, bahasa basahan biasanya digunakan dalam dialog antara watak dengan watak untuk membangkitkan kesan realistik. Bahasa basahan dianggap tidak sesuai bagi tulisan esei yang bersifat formal. |
semiology semiotic | semiologi semiotik | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang tanda, pelahiran dan komunikasi, pengelompokan secara sistematik dalam bentuk bahasa dan kod, serta fungsi sosialnya. Tanda meliputi bahasa ujaran dan bukan ujaran. Bahasa ujaran seperti percakapan dan bunyi, manakala bukan ujaran seperti gerak badan dan kod budaya yang lain, iaitu makanan, pakaian, dan ritual. Kajian tanda dalam kesusasteraan adalah relevan kerana kesusasteraan menggunakan bahasa yang merupakan sistem tanda utama dalam kebudayaan manusia. |
philippic | serahan | Kesusasteraan | Tiada | Pernyataan di dalam percakapan atau penulisan dan melahirkannya dalam bahasa yang bersifat mencaci. |
style | gaya | Kesusasteraan | Tiada | Cara ekspresi linguistik dalam prosa atau lirik, iaitu cara penulis menulis sesuatu atau cara individu bercakap memperkatakan sesuatu. Gaya sesebuah karya boleh dikaji melalui ciri diksi atau pilihan bahasanya, iaitu struktur ayat dan sintaksis, jenis peribahasa, corak rima, komponen bunyi, ciri-ciri bahasa, tujuan dan alat retoriknya. Menurut teori tradisional retorik, klasifikasi gaya terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu gaya tinggi, pertengahan, dan rendah. Doktrin ketertiban diperlukan untuk memastikan peringkat gaya bagi sesuatu karya tersebut bersesuaian dengan kelas sosial pengucapnya, serta situasi dan martabat genre sastera. Northrop Frye, seorang pengkritik memperkenalkan perbezaan asas antara dua gaya, iaitu gaya demonik dan gaya hiratik. Gaya demonik dibentuk melalui bahasa, rima, dan asosiasi percakapan seharian, manakala gaya hiratik menggunakan beberapa elaborasi formal untuk memisahkan antara bahasa sastera dengan percakapan seharian. Bagi kedua-dua kelas ini, Frye telah mengenal pasti perin |