spoken language | bahasa pertuturan/ bentuk lisan | Sosiolinguistik | Tiada | Variasi bahasa yang dituturkan oleh kelompok masyarakat yang berbeza dengan bahasa persuratan. |
medium | sarana | Kesusasteraan | Puisi | Alat bagi menyampaikan atau mengembangkan pemikiran dan amanat penyair. Lazimnya bahasalah yang rnenjadi sarana utama dan dominan dalam proses menyampaikan sesuatu pemikiran. Contohnya, bahasa pertuturan atau bahasa isyarat yang menggunakan lambang-Iambang tertentu yang diketahui dan diterima pakai umum. Sinonim media. |
primary language | bahasa primer | Sosiolinguistik | Tiada | I. Lihat: bahasa asli 2. Bahasa yang digunakan untuk menandakan bahasa pertuturan. |
colloquial speech | pertuturan bahasa basahan | Linguistik | Tiada | Tiada |
functional disorder | kecacatan fungsian | Pendidikan | Tiada | Kecacatan dalam pertuturan, bahasa atau suara yang tidak diketahui puncanya dari segi sosiologi dan anatomi. |
metaphysical poetry | puisi metafizikal | Kesusasteraan | Tiada | Puisi bertemakan falsafah dan agama yagn menggunakan unsur wit, paradoks, kiasan akal, dan gaya berhujah. Ciri-ciri utama puisi ini adalah mengemukakan hujah untuk meyakinkan dan menyampaikan sesuatu idea yang abstrak. Puisi ini mempunyai struktur yang logikal dan mengandungi kualiti dramatik yang jelas. Pada amnya, puisi ini menjurus kepada keintelektualan dan menerangkan perkara emosi atau spiritual secara logikal. Puisi metafizik menggunakan imejan daripada pengalaman harian atau alam sains dan pengetahuan. Pada asalnya, puisi ini merujuk kepada karya John Donne dan pengikutnya seperti Herbert, Marvell, Crashaw dan Vaughan. Puisi ini muncul sebagai puisi tentangan terhadap puisi cinta zaman Elizabethan. Berbanding dengan puisi lirik, ritma puisi metafizikal lebih mirip kepada bahasa pertuturan seolah-olah berdialog. Contohnya, puisi berjudul the Flea oleh Donne. Puisinya pintar dan terserlah dengan penggunaan imejan harian, unsur kiasan akal, paradoks, mainan kata, dan bersifat dialek. Lihat juga kiasan, l |
speech and language disorders | kecelaruan pertuturan dan bahasa | Umum | Tiada | Masalah pertuturan yang menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi dan menguasai bahasa. |
speech awareness | kesedaran pertuturan | Sains Kesihatan | Tiada | Kesedaran memahami bunyi bahasa dan pertuturan. |
aphasia | afasia | Perubatan | Tiada | Ketidakupayaan berkomunikasi, sama ada melalui pertuturan, tulisan dan isyarat, atau untuk memahami pertuturan dan bahasa bertulis. Keadaan ini disebabkan penyakit atau kecederaan pada otak. |
speech and language therapy | terapi pertuturan dan bahasa | Umum | Tiada | Kaedah yang digunakan untuk membantu individu mengatasi kesukaran berkomunikasi dan menguasai bahasa. |