Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tulis
Kata Terbitan : bertulis, menulis, tulis-menulis, menuliskan, tertulis, tulisan, penulisan, penulis,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
written languagebahasa tulisanPendidikanTiadaTiada
written languagebahasa tulisanLinguistikTiadaVariasi bahasa yang menggunakan medium tulisan dan sampai kepada sasaran secara visual
secondary languagebahasa sekunderSosiolinguistikTiada1. Bahasa yang digunakan untuk menandakan bentuk bahasa tulisan. 2. Bahasa yang diperoleh selepas bahasa pertama.
inscriptionprasastiKesusasteraanTiadaTulisan yang diukir di atas permukaan yang keras seperti batu, tanduk, dan gading. Contohnya, tulisan pada batu bersurat atau tulisan yang terdapat pada batu nisan, candi, tonggak bumi, dan menara. Prasasti diamalkan sebelum kertas digunakan sebagai bahan tulisan. Dalam budaya Melayu, prasasti biasanya menggunakan tulisan Pallara dalam bahasa Melayu kuno. Salah satu prasasti sastera yang diukir di atas tembaga ditemui dalam Hikayat Singa Menteri.
colloquialismbahasa basahanKesusasteraanTiadaBahasa yang digunakan dalam perbualan dan percakapan harian, atau dalam tulisan yang tidak formal. Dalam sastera khususnya drama, bahasa basahan biasanya digunakan dalam dialog antara watak dengan watak untuk membangkitkan kesan realistik. Bahasa basahan dianggap tidak sesuai bagi tulisan esei yang bersifat formal.
belles-lettresbelles-lettresKesusasteraanTiadaIstilah yang digunakan untuk membezakan antara tulisan berseni dengan tulisan saintifik atau falsafah. Istilah ini merujuk kepada penulisan esei pada abad ke-19 yang memperlihatkan ciri-ciri elegan, ilmiah, canggih, dan memperlihatkan unsur jenaka pintar. Pada masa ini, istilah ini memperlihatkan ciri-ciri bertentangan, iaitu penulisan yang remeh, ringan, dan tidak ilmiah. Belles-letteres berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud �tulisan indah�.
diacriticdiakritikKesusasteraanTiadaTanda bacaan tertentu yang terdapat pada bahagian atas atau bahagian bawah sesuatu huruf untuk menunjukkan cara sebenar bunyi sesuatu perkataan disebut. Tanda bacaan berkenaan penting apabila melibatkan aktiviti pertuturan lisan atau penggunaan bahasa berkenaan. Contohnya, diakritik tulisan Arab kepada tulisan Rumi. Dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional, unsur diakritik sangat diperlukan dalam filologi, khususnya berkaitan dengan kerja transkripsi dan transliterasi teks Melayu Jawi (berasaskan abjad Arab) ke tulisan Rumi. Teks Melayu tradisional kaya dengan penggunaan bahasa daerah dan bahasa Arab. Transkripsi atau transliterasi sesuatu perkataan terutamanya bahasa daerah atau Arab halus dibuat dengan tepat agar bunyi asal sebutan perkataan berkenaan dapat dikekalkan. Lihat juga al-majdz al-�aqli�
cuneiformpepaku (huruf)ArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBentuk tulisan yang berkembang dalam tamadun Sumeria yang wujud di antara Sungai Tigris dengan Sungai Euphratus. Bentuk tulisan ini dihasilkan dengan menggunakan rumput buluh yang dijadikan pena dan ditekankan ke atas kepingan tanah liat sewaktu basah. Hasilnya, tulisan ini terbentuk seperti baji yang berfungsi untuk merekodkan peristiwa penting yang berlaku dalam masyarakat pada masa tersebut. Dalam bahasa Latin, haji disebut cuneus.
periphrasisbahasa putarKesusasteraanTiadaCakapan atau tulisan yang panjang lebar tidak berfungsi atau penggunaan kata yang membazir untuk menyatakan suatu fikiran.
writingaksara tulisanLinguistikTiadaProses atau hasil perakaman bahasa dalam bentuk tanda-tanda grafik yang konvensional pada sesuatu permukaan
123

Kembali ke atas