debt financing | pembiayaan hutang | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembiayaan yang diberikan oleh bank kepada pelanggan berasaskan prinsip hutang seperti qardul hasan, bai‘ murabahah, bai‘ bithaman ajil dan bai‘ muajjal. Bentuk pembiayaan ini membolehkan pelanggan memperoleh aset dengan berhutang. Hal ini bermakna pelanggan perlu membayar semula hutang pada jumlah dan tempoh masa tertentu. Bank tidak berhak memiliki aset tersebut. |
bai‘ amanah | jual beli amanah | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang menyatakan unsur kos di dalam kontrak dan penjual hendaklah menyatakan kos yang sebenar. Contohnya, dalam akad jual beli bai‘ murabahah, harga ditetapkan berdasarkan kos ditambah dengan untung. Maka, kos tersebut ialah kos yang sebenar. Contoh lain bagi bai‘ amanah ialah bai‘ tauliah, bai‘ wadhi’ah dan bai‘ isyrak. |
bai‘ dain | bai‘ dain/jual beli hutang | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli sekuriti hutang, hasil daripada aktiviti perniagaan kredit yang selaras dengan syarak seperti Bai’ Bithaman Ajil dan al-murabahah. Jual beli ini mempunyai risiko kegagalan yang rendah. Sekuriti hutang yang berasal daripada pinjaman wang tidak dibenarkan untuk mengelakkan riba. Contohnya, pihak bank membeli sekuriti hutang yang akan matang dalam tempoh 3 bulan, bernilai RM20,000 daripada pelanggan dengan membayar harga tunai terdiskaun RM19,000 terhadap sekuriti hutang itu. |
bai‘ nafiz | jual beli lulus | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang tidak bergantung pada hak orang lain, iaitu sempurna rukun jual beli. Bai‘ nafiz terbahagi kepada dua, iaitu bai‘ lazim dan bai‘ ghair lazim. |
bai‘ man-yazid | bai‘ man-yazid | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli secara lelong dengan harga barangan ditentukan oleh tawaran atau persetujuan penjual dalam lelongan awam. Akad ini berlaku dalam dua keadaan, iaitu penjual menawarkan produk dengan harga tertinggi kepada para pembeli atau pembeli menawarkan harga yang tertinggi. Urus niaga ini diharuskan oleh syarak untuk menjual produk yang kurang laris, mudah rosak, jualan tebus hutang atau jualan barangan untuk kebajikan. Jualan tender merupakan lanjutan jualan secara lelong. Sinonim bai‘ muzayyadah, man-yazid, muzayyadah. |
Bai-u | Bai-u | Geologi | Tiada | Tiada |
bai‘ istijrar | bai‘ istijrar/jual beli pembekalan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli antara pelanggan dengan pembekal untuk membekalkan sesuatu jenis barang secara berkala atau berterusan seperti harian, mingguan atau bulanan dengan harga dan cara pembayaran yang dipersetujui. Contohnya, peniaga membekalkan bahan seperti makanan ke restoran secara berkala. Urus niaga ini melancarkan perniagaan. Sinonim istijrar. |
bai‘ istisna’ | bai‘ istisna’/jual beli tempahan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli secara tempahan bagi sesuatu produk mengikut spesifikasi produk, harga, kaedah pembayaran dan penyerahan yang dipersetujui oleh pihak yang berakad. Harga boleh dibayar kesemuanya sama ada semasa akad, semasa penyerahan produk, bayaran separuh semasa akad atau separuh semasa penyerahan produk, mengikut peratusan siap tempahan atau secara ansuran mengikut persetujuan kedua-dua pihak. Setelah urus niaga ini berlaku, pengusaha mempunyai dua tanggungjawab, iaitu menyiapkan produk yang ditempah dan menyerahkan produk setelah disiapkan. Urus niaga ini dikecualikan daripada rukun jual beli kerana tiada produk semasa akad tetapi syarak mengharuskannya kerana keperluan masyarakat. |
bai‘ murabahah | bai‘ murabahah/jual beli murabahah | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang merujuk kepada penjualan produk pada harga asal dengan ditambah keuntungan. Harga asal dan kadar keuntungan yang ditawarkan oleh penjual dipersetujui oleh pembeli. Jual beli ini boleh dilakukan secara tunai atau hutang dan harganya berdasarkan kos ditambah dengan untung. |
bai‘ bithaman ajil (BBA) | bai‘ bithaman ajil (BBA) | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli aset dengan pembayaran dibuat secara tertangguh atau ansuran serta harga jualan ditentukan dalam tempoh yang telah dipersetujui. Jual beli ini biasanya bagi urus niaga jualan kredit jangka panjang seperti rumah dan tanah. Jual beli diakadkan setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan tempoh bayaran balik dan harga. Bai‘ ini juga dikenali sebagai bai‘ muajjal atau bai‘ ajal. Lihat juga thaman. |