good sorting | pemilihan baik; pilihan baik | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
poetic justice | keadilan impian | Kesusasteraan | Tiada | untuk melahirkan idea yang menerangkan perbuatan jahat akan dihukum, manakala perbuatan baik dibalas dengan baik. |
good agricultural practices | amalan pertanian baik | Pertanian | Agroteknologi | Sistem pengurusan sumber dalam pengeluaran pertanian secara baik dan lestari. Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti ladang serta menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti dengan mengambil kira kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta memelihara alam sekitar. Di Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah memperkenalkan satu skim, iaitu Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) yang merupakan skim pensijilan bagi memastikan pengusaha mengamalkan amalan pertanian yang baik dalam semua aktiviti di ladang. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah pemilihan kawasan, penyediaan tanah, pengeluaran, penuaian dan pengendalian pascatuai. |
acoustic | akustik | Kesenian | Drama dan Teater | Kesan lantunan bunyi yang terhasil di dalam auditorium atau panggung. Kualiti akustik yang lebih baik atau kurang baik bergantung pada bahan binaan dan kelengkapan yang digunakan untuk mengimbangi bunyi dalam ruang auditorium atau panggung. Dalam persembahan drama, akustik boleh memberikan kesan dramatik kepada penonton. |
value judgment | pertimbangan nilai | Pengurusan | Perancangan | Suatu penilaian secara subjektif terhadap seseorang atau situasi tentang tingkah laku, prinsip dan penampilan, sama ada baik atau tidak baik; sama ada patut atau tidak patut dilakukan. Pandangan ini selalunya dipengaruhi oleh elemen nilai yang dipegang dan interpretasi seseorang berdasarkan nilai etika, estetika, moral, ideologi dan fahaman agama masing-masing. Pertimbangan nilai boleh mempengaruhi pembuatan keputusan dan tindakan seseorang. |
amelioration | ameliorasi | Kesusasteraan | Tiada | 1. Proses perubahan makna yang dirasakan sesuai dengan masa dan membawa pengertian yang lebih baik. Contoh: kata isteri dianggap lebih baik dari kata bini dan suami lebih baik daripada kata laki. |
الإمساك بالمعروف | pergaulan baik | Agama Islam | Fiqh | Pergaulan yang baik dalam hubungan suami isteri. |
rapport | hubung baik | Sejarah | Tiada | Sifat sesuatu atau seseorang yang mempunyai hubungan yang baik yang dicirikan oleh keharmonian, tolak ansur dan kemakmuran. |
black and white character | watak hitam putih | Komunikasi | Tiada | Watak-watak yang digambarkan sebagai jahat atau baik. Perbezaan antara watak-watak ini ditunjukkan secara berbeza dan lazimnya, watak jahat akan mendapat balasan yang buruk dan watak baik akan mendapat balasan yang baik. |
good faith bargaining | tawar-menawar cara baik | Pentadbiran | Tiada | Tawar-menawar berkaitan gaji, masa dan lain-lain syarat pekerja dengan cara baik. |