Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reenigneeringbaik pulih semulaPentadbiranTiadaPemikiran asas reka semula proses perniagaan untuk mencapai peningkatan prestasi yang drastik.
reboremenjara semula/ menggerek semulaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMembesarkan diameter silinder enjin semasa baik pulih.
natural selectionpemilihan semula jadiBiologiEkologiProses semula jadi apabila organisma yang dapat bermandiri dengan baik dalam sekitaran akan kekal, manakala yang tidak dapat bermandiri dengan baik akan tersingkir. Sinonim: Darwinisme.
resource conservationpemuliharaan sumberBiologiEkologiPengurusan dengan baik sumber-sumber semula jadi yang tidak dapat diganti, seperti petroleum, bijih, dan hutan.
overhaulbaik pulihKejuruteraan AutomotifTiadaPerombakan sepenuhnya bahagian demi bahagian untuk dibersihkan dan diperiksa, kemudian dipasang semula dengan bahagian asal atau diganti bahagian yang telah rosak dan dilakukan pelarasan semula untuk membolehkan bahagian itu beroperasi semula.
overhaulbaik pulihKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPerombakan sepenuhnya bahagian demi bahagian untuk dibersihkan dan diperiksa, kemudian dipasang semula dengan bahagian asal atau diganti bahagian yang telah rosak dan dilakukan pelarasan semula untuk membolehkan bahagian itu beroperasi semula.
readjustmentpelarasan semulaSosiologiTiadaProses melaraskan semula sesuatu alat dan lain-lain untuk mendapat keadaan isyarat yang lebih baik.
self-actualizationsempurna kendiriPsikologiPsikologi UmumDorongan semula jadi individu untuk membentuk sesuatu bakat dan kemampuan. Kemampuan ini melibatkan pemahaman kemampuan individu, menerima diri sendiri dan orang lain sebagai individu yang unik dan mengambil pendekatan yang berpusatkan masalah dalam kehidupan. Contohnya, jika individu menyedari tentang kebolehan atau bakatnya dalam muzik tetapi terpaksa menjadi jurujual, maka individu tersebut gagal memenuhi hakikat dirinya. Individu yang sempurna kendirinya mempunyai ciri kesihatan mental yang baik dan dapat mempersepsikan realiti dengan baik, tahu menilai baik dan buruk, mempunyai rakan terhad tetapi berkualiti, tidak bermusuhan, suka berjenaka, personaliti yang seimbang, prihatin terhadap masalah orang lain, menghormati hak asasi manusia dan menghargai orang lain. Menurut Maslow, tidak ramai individu yang berjaya mencapai tahap seperti ini kecuali orang-orang tertentu seperti Gandhi, Einstein dan Rooselvelt.
DomesticationDomestikasiPertanianTiadaAktiviti penanaman tumbuhan yang diambil daripada habitat liar ke tapak tanaman yang berbeza daripada habitat asalnya. Tumbuhan tersebut dipelihara supaya boleh hidup dengan baik seperti di habitat semula jadinya. Tujuan utamanya adalah untuk pemuliharaan genetik, pembiakbakaan dan pertanian. Contohnya, tongkat ali, kacip fatimah dan mas cotek yang berasal daripada hutan yang ditanam di ladang.
domesticationdomestikasiHerbaBotani dan BioteknologiAktiviti penanaman tumbuhan yang diambil daripada habitat liar ke tapak tanaman yang berbeza daripada habitat asalnya. Tumbuhan tersebut dipelihara supaya boleh hidup dengan baik seperti di habitat semula jadinya. Tujuan utamanya adalah untuk pemuliharaan genetik, pembiakbakaan dan pertanian. Contohnya, tongkat ali, kacip fatimah dan mas cotek yang berasal dari hutan ditanam di ladang.
123456

Kembali ke atas