Baja yang berasaskan bahan kimia dan biasanya dihasilkan oleh kilang baja melalui proses kimia. Contohnya baja urea untuk membekal unsur nitrogen dihasilkan dengan kombinasi ammonia dengan karbon dioksida yang dilakukan di kilang urea. Baja kimia biasanya mengandungi lebih tinggi kandungan nutrien, contohnya urea mengandungi 46% nitrogen berbanding dengan baja asli seperti tahi lembu yang mengandungi hanya 2% nitrogen.
Baja kimia yang diolah supaya nutrien yang terkandung dalam baja dibebaskan secara perlahan-lahan agar kesan baja berpanjangan. Baja jenis ini biasanya disalut dengan bahan polimer seperti gelatin, supaya mineral seperti nitrogen, fosforus dan kalium yang terkandung dalam baja tersebut tidak mudah larut. Apabila gelatin mula hancur, mineral akan beransur-ansur dibebaskan dan larut dalam air tanah untuk diserap oleh akar tumbuhan. Selain gelatin, bahan yang digunakan dengan berkesan untuk melewatkan pelepasan nutrien ialah zeolit, sejenis batuan yang mengandungi banyak ruang udara. Tujuan penggunaan baja pelepasan terkawal adalah untuk mengelakkan pembaziran baja dengan menghalang pembebasan terlalu cepat yang menyebabkan nutrien berlebihan dilepaskan dan mencemar keadaan persekitaran.
Thanks for clicking. That felt good.