turiding (Mal) | turiding | Kesenian | Tiada | Hap rahang dari kaum Bajau, Sabah. |
kaban budi(Bin., Baj., Sam.) | kaban budi(Bin., Baj., Sam.) | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur geometri berbentuk segi empat yang pada bahagian dalamnya dianyam berlangkau-langkau untuk menggambarkan peti barang kemas. Ada juga yang berunsur geometri berbentuk piramid dengan gabungan empat segi tiga yang lazimnya terpada pada ukiran kaum Bajau dan Sama. |
kuriding | kuriding | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipetik. Kuriding merupakan hap rahang yang dimainkan oleh suku kaum Bajau di Kota Belud, Sabah. <i>Lihat juga i>bungkau, hap rahang. |
gambus | gambus | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon, iaitu lut yang dipetik. Gambus yang berasal dari Timur Tengah dikenali sebagai <i>ud. i>Alat muzik ini diperbuat daripada kayu dan bahagian belakang badan berbentuk bulat. Bahagian hadapan permukaan alat muzik ini rata dengan lehernya yang pendek tanpa fret. Gambus mempunyai lima hingga lapan tali yang disusun dalam dua lapisan serta satu tali bernada tinggi. Pemain akan meletakkan gambus secara melintang dan talinya dipetik dengan jari. Gambus dimainkan dalam ensembel zapin, ghazal dan ronggeng asli. Di Sabah dan di Sarawak, gambus dimainkan oleh suku kaum Bajau, suku kaum Kadazan dan kaum Iban. Gambus dari kedua-dua negeri ini diperbua |