Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ke.ri] | باکري

Definisi : 1. tempat (kilang) membuat roti (kek, pastri dsb); 2. kedai yg membuat dan menjual roti (kek, pastri dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ke.ri] | باکري

Definisi : 1 tempat atau kilang membuat roti, kek dsb. 2 kedai yg membuat dan menjual roti, kek dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakeri


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bakeryperusahaan reroti; bakeriPentadbiran PerniagaanTiadaPerusahaan reroti: Perniagaan atau kerja membuat roti. Bakeri: Tempat membuat dan membakar roti termasuk kek dan biskut.
bakehousebakeriPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
bakery producthasil bakeri; hasil perusahaan rerotiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
baking productsrerotian; hasil bakeriPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
trans fatlemak transMakanan dan PemakananMakananSejenis asid lemak tidak tepu yang jarang didapati secara semula jadi, tetapi biasanya terhasil melalui industri makanan yang menggunakan lemak sayuran untuk menghasilkan marjerin, makanan ringan, bakeri dan makanan segera bergoreng. Pengambilan lemak trans sering dikaitkan dengan risiko penyakit jantung koronari yang boleh membawa maut.
chemical food additivebahan tambah makanan kimiaMakanan dan PemakananMakananBahan kimia yang ditambahkan secara sengaja ke dalam makanan untuk mempengaruhi ciri kimia dan fizikal makanan. Contoh bahan tambah makanan kimia ialah asid benzoik dalam mi kuning, asid propanoik dalam produk bakeri dan pastri.
Staphylococcus aureusStaphylococcus aureusMakanan dan PemakananMakananMikroorganisma anaerobik gram positif yang berbentuk bulat berasal daripada famili Micrococcaceae. Staphylococcus aureus lazimnya didapati pada kulit manusia dan haiwan. S. aureus boleh menyebabkan keracunan makanan akibat pengambilan daging, produk berasaskan daging, telur, salad, produk bakeri dan tenusu yang tercemar.
glycerolgliserolMakanan dan PemakananTeknologi MakananAlkohol trihidrik yang jernih, tidak berbau, likat dan berasa manis. Gliserol merupakan komponen asas minyak dan lemak selain asid lemak. Gliserol wujud secara semula jadi dalam kebanyakan tumbuhan dan diperoleh sebagai bahan sampingan hidrolisis lemak dan minyak dalam pembuatan sabun atau daripada penapaian glukosa, atau melalui sintesis kimia propilena. Gliserol mempunyai kemanisan lebih kurang dua per tiga kemanisan sukrosa. Gliserol digunakan sebagai perencat penghabluran, humektan dan bahan pemanis dalam makanan bakeri, manis-manisan, dan kelapa parut. Ia juga digunakan sebagai pelarut bagi pewarna dan perisa makanan; dan sebagai bahan pelincir bagi alat pemprosesan makanan. Sinonim gliserin.

Kembali ke atas