bakul penutup | bakul penutup | Kesenian | Tiada | Bakul yang digunakan sebagai penutup bakul yang lain. |
bakul sandik | bakul sandik | Kesenian | Tiada | Bakul angkut yang bertangkai yang dibawa dengan menyandangkan pada sebelah bakul sahaja. |
bakul | bakul | Kesenian | Tiada | Anyaman tiga dimensi daripada rotan, mengkuang, buluh, palma, kulit kayu dan lain-lain, pelbagai bentuk, berfungsi sebagai bekas untuk membawa, menyimpan, menakung, menyukat, menapis dan sebagainya. |
bakul lengkung | bakul lengkung | Kesenian | Tiada | Bakul kandung daripada buluh, berbentuk cekung, beranyam rapat, berbingkai yang beranyam tulang belut dan digunakan untuk mengisi padi, beras dan sebagainya. |
bakul alas | bakul alas | Kesenian | Tiada | Bakul yang digunakan sebagai alas bagi barang lain. |
bakul amin | bakul amin | Kesenian | Tiada | Bakul angkut yang dibawa dengan cara menyangkutkannya di kepala dan kedua-dua belah bahu. |
bakul angkut | bakul angkut | Kesenian | Tiada | Bakul yang digunakan untuk mengangkat bebanan. |
bakul berkaki | bakul berkaki | Kesenian | Tiada | Bakul kandung berkaki daripada buluh, beranyam rapat dari tapak ke atas, berbucu empat, bertiang buluh sebagai kaki, mulut yang berbingkai yang beranyam tulang belut dengan menggunakan batang ribu-ribu, dan digunakan untuk mengisi beras atau padi. |
bakul bimbit | bakul bimbit | Kesenian | Tiada | Bakul angkut bertangkai yang dijinjing. |
bakul gantung | bakul gantung | Kesenian | Tiada | Bakul yang digantung pada tiang dan sebagainya secara tetap sifatnya. |