Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Pl curi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balas III


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
complex saltgaram kompleksKimiaTiadaGaram yang terbentuk daripada tindak balas kation kompleks seperti [Cu(NH3)4]2+ dengan anion ringkas seperti CI-, untuk menghasilkan Cu(NH3)4CI2; atau daripada tindak balas kation ringkas seperti Na+ dengan anion kompleks seperti [AIF6]3-, untuk menghasilkan Na3AIF6; atau daripada tindak balas kation kompleks seperti [Co(III)(NH3)6]3+ dengan anion kompleks seperti [Co(III)(NO2)6]3-, untuk menghasilkan [Co(III)(NH3)6] [Co(III)-(NO2)6].
adverse drug reaction (ADR)tindak balas advers drug (ADR)FarmasiFarmakologiTindak balas drug yang menghasilkan kesan berbahaya daripada penggunaan drug pada dos normal. Walau bagaimanapun, ADR berbeza dengan ''kesan sampingan", iaitu ADR mungkin juga boleh termasuk kesan-kesan yang boleh memberi manfaat, kesan tidak memudaratkan, atau kesan memudaratkan. ADR boleh diklasi:fikasikan kepada: i. Jenis A, iaitu kesan fannakologik yang ditingkatkan, bergantung pada dos dan boleh diramal. ii. Jenis B, iaitu kesan keanehan atau idiosinkratik yang tidak bergantung pada dos dan tidak dapat diramal. iii. Jenis C, iaitu kesan yang kronik. iv. Jenis D, iaitu kesan yang tertangguh. v. Jenis E, iaitu kesan selepas rawatan berakhir. vi. Jenis F, iaitu kegagalan terapi.
molten salt processproses garam leburKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses penggasan generasi kedua jenis penggas III yang dimajukan oleh Syarikat Kellog berdasarkan kebolehan natrium karbonat memangkinkan tindak balas karbon-stim untuk menghasilkan singas.
ammonia synthesissintesis ammoniaKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses tindak balas hidrogen dan nitrogen dalam nisbah 3:1 pada julat suhu 500�C hingga 600�C dan julat tekanan 20 MPa hingga 100 MPa dengan menggunakan mangkin ferum (III) oksida untuk menghasilkan ammonia.
hypersensitivitykehiper-sensitifanPerubatanTiadaKeadaan alergi yang dialami apabila gerak balas imunologi yang berlebihan berlaku pada individu yang terdedah semula kepada alergen tertentu. Keadaan ini terbahagi kepada empat jenis, iaitu jenis I (anafilaksis), jenis II (sitotoksik), jenis III (kompleks imun) dan jenis IV (keimunan perantaraan sel).
reductionpenurunanKimiaTiada1. Penyingkiran oksigen daripada sesuatu bahan, atau penggabungan hidrogen kepadanya. Misalnya, penurunan kuprum(II) oksida kepada kuprum oleh karbon. 2. Tindak balas yang melibatkan penerimaan elektron. Misalnya, penukaran ion ferum(III) kepada ion ferum(II). Proses penurunan boleh berlaku apabila bahan yang akan terturun, iaitu agen pengoksidaan, bertindak balas dengan agen penurunan atau menerima elektron daripada katod dalam elektrolisis. Bdg. pengoksidaan.
oxidationpengoksidaanKimiaTiada1. Penggabungan oksigen dengan suatu bahan, atau penyingkiran hidrogen daripada bahan itu. misalnya, karbon bergabung dengan oksigen untuk membentuk karbon dioksida. 2. Tindak balas yang melibatkan kehilangan elektron. Misalnya, penukaran ion ferum(II) kepada ion ferum(III). Proses pengoksidaan boleh berlaku disebabkan oleh tindak balas bahan dengan agen pengoksidaan atau secara elektrik, iaitu proses ini berlaku di anod sewaktu elektrolisis. Bdg. penurunan.
ATGas processproses ATGasKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses penggasan generasi kedua jenis penggas III melalui kaedah penggasan arang batu dengan menyuntik stim, batu kapur dan udara ke dalam reaktor yang mengandungi besi cair. Proses yang dimajukan oleh Applied Technology Company ini menghasilkan singas yang bebas daripada terbitan sulfur melalui tindak balas karbon-stim.
corrosionkakisanKimiaTiadaTindak balas redoks yang berlaku pada logam akibat tindakan agen kakisan yang menukarkan logam tersebut kepada bahan yang tidak dikehendaki. Agen kakisan yang utama ialah oksigen, wap air, larutan natrium klorida, dan pH larutan. Kakisan berlaku apabila logam yang terdedah pada udara bertindak dengan oksigen lalu membentuk lapisan oksida lalu membentuk lapisan oksida logam. Misalnya, ferum bertindak dengan oksigen untuk membentuk ferum(II) oksida, dan ferum(II) oksida pula bertindak dengan wap air untuk membentuk ferum(III) oksida terhidrat yang dapat dilihat sebagai karat pada permukaan besi.
bouncebacksertaan tawaranKomunikasiKorporatTawaran tambahan yang dibuat kepada pengguna yang bertindak balas terhadap tawaran asal yang dibuat oleh syarikat. Tawaran ini disertakan bersama dengan barangan asal yang telah dipesan. Strategi penjualan barangan dengan cara ini berjaya kerana: (i) Syarikat berjaya mengenal pasti kecenderungan minat pengguna terhadap sesuatu jenis barangan. (ii) Syarikat berupaya memperkenalkan lebih banyak pilihan jenis barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. (iii) Syarikat boleh mendapatkan tambahan senarai pelanggan yang bekecenderungan tinggi menjadi pelanggan tetap syarikat. Selain tawaran barangan tambahan, pengguna kerap juga ditawarkan dengan ganjaran lain dalam bentuk kupon potongan harga, tawaran keahlian istimewa, hadiah, tawaran cabutan nombor bertuah dan sebagainya.
12

Kembali ke atas