bangsawan | bangsawan | Muzik | Tiada | Opera Melayu yang merupakan teater baru pada abad ke-19 dan abad ke-20. Bangsawan terdiri daripada cerita, muzik instrumental, nyanyian solo dan berkumpulan serta selingan yang dikenali sebagai extra-turn, Cerita atau watak adalah tentang golongan bangsawan. Bangsawan dipersembahkan di pentas prosenium dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri daripada alat muzik Barat, India dan Melayu. Dalam bangsawan, cerita Melayu, Arab, Cina, Barat dan India dipentaskan. Manakala tarian dan muzik pula menggabungkan ciri Barat, Melayu, Arab, Cina dan India. Teater ini mempunyai ciri persamaan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara seperti stambul dan ketoprak dari Jawa Tengah, ludruk dari Jawa Timur, zarzuela dari Filipina, likay dari Thailand dan hat cat luong dari Vietnam. |
bangsawan | bangsawan | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis teater bersifat opera yang mengandungi lagu, muzik, dialog dan dipersembahkan tanpa skrip. Walaupun tanpa skrip, rangka lakon atau senario setiap cerita ditampalkan di belakang pentas untuk dijadikan panduan. Justeru, persembahan bangsawan banyak memanfaatkan teknik improvisasi dalam dialog dan aksi. Ciri-ciri lain termasuklah penggunaan latar yang diwarnakan, aksi yang streotaip, serta muzik dan tarian yang tidak dirancang. Cerita bangsawan berkisar tentang dalam raja, istana dan dewi-dewi. Ada juga cerita berdasarkan sejarah tempatan, kisah Islam, cerita Hindi, cerita Cina, dan lain-lain. Bangsawan berasal dari Bombay, India dan dibawa oleh sekumpulan pelakon teater parsi (dikenali sebagai Wayang Parsi) yang menyampaikan persembahannya dalam bahasa Urdu. Apabila wayang Parsi tidak lagi aktif, persembahan bangsawan diambil alih oleh pelakon tempatan yang menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri dalam bahasa Melayu. Kumpulan bangsawan yang terkenal dan rpfesional di Pulau Pinang ialah Pushi Indera Ban |
bangsawan | bangsawan | Komunikasi | Tiada | Pertunjukan pentas secara tradisional yang mengandungi unsur-unsur cerita, nyanyian dan tarian yang selalunya merujuk kepada kisah raja-raja atau cerita penglipur lara. |
stambul | stambul | Kesusasteraan | Tiada | Bangsawan di Indonesia yang dikaitkan dengan Jaafar Turki di Sumatera, iaitu salah seorang yang mempopularkan cerita Timur Tengah dalam persembahan bangsawan. Lihat juga bangsawan. |
aristocrat | bangsawan | Kesenian | Drama dan Teater | Persembahan teater Melayu yang menggunakan unsur lakonan, muzik, tarian, nyanyian dan lawak serta kelengkapan pentas dalam bentuk set tirai. Secara tradisinya, persembahan bangsawan tidak mempunyai skrip dan banyak bergantung pada kebolehan para pelakonnya untuk membawa cerita. Kebiasaannya, kisah dalam bangsawan berkisar tentang raja-raja dan golongan bangsawan. Terdapat juga kisah berdasarkan sejarah tempatan, kisah Islam, cerita Hindi, cerita Cina dan lain-lain. Bangsawan berasal dari Bombay, India dan dibawa oleh sekumpulan pelakon teater Parsi (dikenali sebagai wayang Parsi) yang menyampaikan persembahannya dalam bahasa Urdu. Apabila wayang Parsi tidak lagi aktif, persembahan bangsawan diambil alih oleh pelakon tempatanyang menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri dalam bahasa Melayu. Contoh cerita bangsawan ialah Jula Juli Bintang Tujuh, Laksamana Mati Dibunuhdan Bawang Putih Bawang Merah. Sinonimwayang Parsi. |
extra-turn | extra-turn | Muzik | Tiada | Selingan muzik, nyanyian, tarian serta lakonan komedi yang dipersembahkan antara babak lakonan dalam bangsawan. Lihat juga bangsawan. |
sandiwara | sandiwara | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan drama pentas yang muncul selepas kemerosotan bangsawan. Persembahan drama ini merangkumi drama purbawara dan drama sejarah. Sandiwara tidak seperti Bangsawan yang hanya menggunakan senario (rangka lakonan dan cerita) sebagai asas lakonan. Sandiwara menggunakan skrip bertulis dan menggantikan latar belakang bangsawan dengan set dan prop yang realisitik. Sandiwara merupakan asas drama Melayu moden. Antara skrip sandiwara ialah Di Atas Pentas, Si Bongkok Tanjung Puteri, Lawyer Dahlan, Tun Sri Lanang, dan Tonggak Kerajaan Melayu Johor oleh Shahrom Husain, manakala skrip sandiwara Hang Tuah Pahlawan Melayu dan Tarik bin Zaid Pahlawan Islam oleh Syed Alwi Sheikh al-Hadi. Skrip lain ialah Seruling Gembala, Selingkar Kisah di Kamar Seni, Anak Nazar Tujuh Keramat, dan Ratapan Ibu Pertiwi oleh Kalam Hamidi. Pementasan sandiwara popular di Malaysia dan Indonesia. Lihat juga bangsawan. |
elite culture | budaya bangsawan | Komunikasi | Tiada | Budaya yang diamalkan oleh golongan elit atau bangsawan dalam sesebuah masyarakat. Budaya ini tidak diamalkan oleh golongan biasa. |
aristocracy | golongan bangsawan | Sejarah | Tiada | Bentuk pemerintahan yang memberikan kuasa tertinggi kepada golongan minoriti yang terbaik biasanya golongan bangsawan. |
nasib | nasib | Muzik | Tiada | Lagu bangsawan yang dinyanyikan dengan perasaan dan suasana yang sedih. Contohnya, lagu asli yang bertempo perlahan dinyanyikan semasa seorang pelakon berasa sedih dalam sesuatu pementasan bangsawan. Sinonim lagu nasib. |