welfare payment | bayaran kebajikan | Ekonomi | Tiada | Bantuan kewangan oleh pihak kerajaan kepada orang miskin, terutamanya mereka yang tidak boleh bekerja, atau yang berpendapatan rendah. Bayaran ini mempunyai kesan negatif, kerana ia mungkin mendorong orang supaya tidak bekerja lebih. |
bursary | dermasiswa | Undang-undang | Tiada | Dermasiswa: Pemberian dan/atau bantuan kewangan bagi melanjutkan pelajaran. |
unemployment benefit | bantuan penangguran | Ekonomi | Tiada | Bantuan kewangan yang diberi kepada penganggur sama ada yang belum pernah bekerja atau yang diberhentikan. Bantuan pengangguran ini merupakan satu bentuk bayaran pindahan. Tujuannya adalah untuk memastikan pendapatan pengangguran tidak berada di bawah paras cukup hidup. Sinonim pampasan pengangguran. |
sponsor | penaja | Komunikasi | Korporat | Sebuah yayasan, syarikat, atau individu yang membayar pelaksanaan sesuatu aktiviti, sama ada dalam bentuk acara atau projek. Penajaan boleh dilakukan dalam bentuk bantuan kewangan, perkhidmatan seperti menyediakan poster, hadiah, ruang aktiviti, makan minum, pengangkutan, dan pengurusan perolehan tetamu, artis dan pakar, serta endorsan yang diperlukan oleh aktiviti berkenaan. Sekiranya sesuatu penajaan melibatkan jumlah kos yang tinggi, penaja diberi peluang terlibat dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan acara berkenaan. Pihak penaja juga akan mendapat hak mengiklankan barangan atau perkhidmatan sepanjang tempoh aktiviti atau projek berlangsung. Sesebuah organisasi atau syarikat hanya akan menaja sekiranya aktiviti atau projek yang ditaja boleh meningkatkan citra atau sebarang keuntungan lain kepada pihak syarikat. |
Islamic Solidary Fund (ISF) | Tabung Solidariti Islam (ISF) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Organisasi subsidiari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang menyediakan bantuan kecemasan kepada negara anggota yang ditimpa bencana alam atau bencana akibat perbuatan manusia. Organisasi ini juga menyalurkan bantuan kewangan kepada masyarakat Muslim di negara bukan Muslim bagi tujuan keagamaan, sosioekonomi dan kebudayaan. Sumber ISF ialah wakaf dan hartanah yang disumbangkan oleh negara anggota dan pertubuhan Muslim. |
star | bintang | Komunikasi | Tiada | Personaliti terkenal yang mempunyai nilai komersial yang terlibat dalam industri hiburan. Nilai yang ada pada personaliti tersebut menyebabkan dia kerap diundang untuk membintangi sesebuah filem atau persembahan lain yang berkaitan. Penglibatan personaliti yang terkenal juga akan memudahkan pihak penerbit mendapat bantuan kewangan dari penaja tertentu. |
International Monetary Fund (IMF) | Tabung Kewangan Antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Institusi yang ditubuhkan di Bretton Woods bagi tujuan menetapkan kadar pertukaran mata wang yang stabil dan membantu negara membayar balik pinjaman antarabangsa mereka. Ibu pejabat agensi ini terletak di Washington. Pembiayaan kewangan badan ini diperoleh daripada sumbangan negara anggotanya. Sejumlah besar sumbangan ini adalah dari negara Dunia Pertama. Oleh itu, negara tersebut biasanya mempunyai pengaruh yang besar dalam sebarang polisi badan ini. Sebagaimana Bank Dunia, agensi ini membantu negara yang memerlukan bantuan kewangan dengan syarat negara tersebut menjalankan usaha menurunkan kadar inflasi. Terdapat negara yang menyatakan syarat ini mustahil dilakukan dan mengecam institusi tersebut. Sinonim IMF. |
empathic | berempati | Psikologi | Psikologi Umum | Keupayaan untuk menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain, objek semula jadi atau produk estetika. Seseorang itu dianggap berempati dengan orang lain apabila dia menyedari dan memahami perasaan, keperluan dan penderitaan mereka. Contohnya, apabila berlaku kematian, tingkah laku empati ditunjukkan melalui sokongan emosi dan sosial seperti menziarahi keluarga si mati, memberi bantuan kewangan dan ucapan takziah. Contoh empati terhadap objek semula jadi atau produk estetika adalah apabila pemandu dan penumpang kereta mencondongkan badan mereka ke hadapan semasa mendaki bukit supaya kereta yang dinaiki tidak merasa berat dalam pendakian itu. |
Islamic Development Bank (IDB) | Bank Pembangunan Islam (IDB) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Institusi khusus Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan pada tahun 1975 di Jeddah. Institusi ini menawarkan perkhidmatan seperti penyertaan ekuiti, pinjaman tanpa faedah dan kemudahan pajakan serta menyokong kerjasama teknikal antara negara Islam. IDB juga menyediakan bantuan kepada negara anggota yang ditimpa bencana, memberi bantuan kewangan kepada masyarakat Muslim di negara bukan anggota, dan melaksanakan tugasan khusus tentang intraperdagangan, latihan, kesihatan dan celik huruf. IDB telah berjaya melaksanakan projek-projek seperti Portfolio Perbankan Islam, Tabung Pelaburan Saham Amanah, Tabung Infrastruktur, serta Institut Penyelidikan dan Latihan Islam. |
foreign aid | bantuan asing | Ekonomi | Tiada | Bantuan dalam bentuk modal kewangan atau teknikal daripada sebuah negara kepada negara lain. Bantuan asing biasanya diberi oleh negara maju kepada negara membangun dengan tujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup negara tersebut. Bantuan asing secara umumnya terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bantuan dua hala yang diberikan secara langsung oleh sesebuah negara kepada sesebuah negara lain, dan bantuan berbilang hala yang diberikan kepada institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kewangan Antarabangsa, dan Bank Pembangunan Islam. Institusi kewangan antarabangsa yang menerima bantuan ini akan mengagihkannya kepada negara-negara penerima. |