bag filter | turas beg | Kejuruteraan | Tiada | Turas berbentuk beg yang diguna khusus untuk menuras campuran bahan mentah yang mengandungi banyak air. |
spray aerator | pengudara sembur | Kejuruteraan | Tiada | Peranti untuk menghasilkan titisan air ke udara bagi mendedahkan lebih banyak air sisa ke udara. |
mechanical aeration | pengudaraan mekanik | Kejuruteraan | Tiada | Kaedah mengudarakan air sisa dengan menggunakan pengayuh berputar untuk mendedahkan lebih banyak air sisa ke udara. |
peat | gambut | Kejuruteraan | Petroleum | Longgokan berstruktur gentian, yang wujud secara semula jadi dalam batuan atau di celah lapisan batuan, yang berasal daripada zat tumbuh-tumbuhan. Longgokan ini mengandungi banyak air; berwarna di antara perang dengan coklat. Kelengasan asalnya di sekitar 95 peratus dan mencapai kira-kira 25 peratus apabila dikering-udarkan. Analisis kimia mengikut dasar bebas abu lagi kering, menunjukkan bahan ini mengandungi kira-kira 55 peratus – 65 peratus, 6 peratus hidrogen dan 30 peratus – 35 peratus oksigen. Bakinya adalah nitrogen dan sulfat. Dalam keadaan kering bahan ini berkalori antara 16 – 20 Mjoule/kg. Longgokan ini terjadi hasil pembatuarangan gred rendah. |
aquiclude | akuiklud | Hidrogeologi | Tiada | Lapisan, formasi, atau kelompok formasi tepu yang mengeluarkan sedikit air ke parit, perigi, mata air dan rembesan. Ini bertentangan dengan akuifer yang mengeluarkan banyak air. |
water wet rock | batuan basah air | Kimia | Tiada | Batuan yang butirannya lebih mempunyai daya tarik terhadap air sehingga lebih banyak air yang bersentuhan dengan permukaan butiran daripada bendalir-bendalir lain yang terdapat bersama-sama di dalam ruangan antara butirnya. Hal ini berlaku apabila sudut sentuh titis air pada butiran batuan berkenaan secara relatif kecil (diukur dalam fasa air) sehingga daya rekatannya lebih tinggi dan keterbasahan butiran tersebut terhadap air juga menjadi labih tinggi. |
water wet rock | batuan basah air | Kejuruteraan | Petroleum | Batuan yang butirannya lebih mempunyai daya tarik terhadap air sehingga lebih banyak air yang bersentuhan dengan permukaan butiran daripada bendalir-bendalir lain yang terdapat bersama-sama di dalam ruangan antara butirnya. Hal ini berlaku apabila sudut sentuh titis air pada butiran batuan berkenaan secara relatif kecil (diukur dalam fasa air) sehingga daya rekatannya lebih tinggi dan keterbasahan butiran tersebut terhadap air juga menjadi labih tinggi. |
root hair | akar rambut | Biologi | Ekologi | Akar halus yang terdiri daripada satu lapisan sel epidermis. Dindingnya nipis dan bersentuh rapat dengan butir tanah. Akar rambut terdapat dengan banyaknya di hujung akar muda. Akar ini dapat menambahkan luas permukaan akar supaya lebih banyak air dan mineral dapat diserap dari tanah. Akar ini boleh hdiup beberapa hari sahaja. |
water intake | pengambilan air | Veterinar | Tiada | Jumlah air yang diperoleh oleh ternakan melalui minuman dan kandungan kelembapan di dalam makanan. Jumlah pengambilan air bergantung kepada jenis makanan yang dimakan, iklim dan tahap fisiologi ternakan. Dalam cuaca panas, haiwan akan mengeluarkan air lebih banyak melalui perpeluhan dan peruapan. Dalam keadaan ini, jumlah air yang diperlukan adalah tinggi. Selain itu, haiwan yang menghasilkan susu dan haiwan yang memakan konsentrat juga memerlukan jumlah air yang tinggi. Bagi ternakan seperti lembu dewasa, ia berkemungkinan memerlukan sehingga 50 liter air sehari manakala ayam dewasa pula memerlukan lebih kurang 200 ml air sehari. Biasanya, pada cuaca panas, haiwan memerlukan lebih banyak air sehingga 2-3 kali ganda daripada keperluan biasa untuk menampung keperluan harian. |
aerobic rice | padi aerob | Pertanian | Agroteknologi | Padi yang ditanam tanpa menggunakan air yang banyak, iaitu kira-kira 500 mm hingga 900 mm berbanding 1300 mm untuk padi sawah. Teknik penanaman seperti ini tidak memerlukan kawasan yang dibanjiri air. Air hanya diberikan untuk memenuhi keperluan tumbesaran. Secara tradisional, padi aerob telah diamalkan untuk padi huma di Sabah dan Sarawak, tetapi hasilnya rendah. Jenis padi aerob terkini mempunyai keupayaan untuk memberikan hasil yang tinggi, sehingga 6 atau 7 tan sehektar. |