boring bar | bar jara/bar gerek | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bar melintang yang mempunyai mata pemotong yang digunakan untuk membesarkan lubang silinder enjin. |
bar chart or bar graph | carta bar atau graf bar | Teknologi Maklumat | Tiada | Carta atau graf yang menggambar maklumat (nilai melawan kategori) dalam bentuk palang atau bar. Bar yang digambarkan boleh dalam bentuk menegak (nilai di paksi menegak, kategori di paksi mengufuk) atau dalam bentuk mengufuk (nilai di paksi mengufuk, kategori di paksi menegak). Dalam carta/graf bar yang sama, dua atau lebih kategori boleh digunakan untuk tujuan membandingkan nilai kategori tesebut. Contoh carta bar mengufuk seperti berikut: Rajah 1 |
back bar | bar belakang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bahagian bar yang menyimpan peralatan bar seperti gelas tambahan, poster dan bahan-bahan lain untuk penyediaan minuman. |
bar | bar | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Unit tekanan udara dengan nilai 1 bar = 106 barye = 106 dyne/cm2, atau 1 bar = 105 pascal. |
menu bar | bar menu | Teknologi Maklumat | Perisian | Objek grafik yang wujud pada paparan antara muka grafik pengguna. Bar menu mengandungi senarai program yang dipamerkan dalam bentuk menu atau ikon yang boleh diklik. Pengguna boleh memilih atur cara yang hendak digunakan atau membuat arahan tertentu. Bar menu merupakan komponen asas pada paparan yang popular seperti Windows, Macintosh atau Gnome. Contoh bar menu adalah seperti yang berikut: Rajah 1: Bar menu |
bent-up bar | bar bengkok ke atas | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Bar bawah yang dibengkokkan ke atas dengan sudut kecondongan 45o. Bar ini diperlukan untuk memberikan ketahanan ricih pada rasuk konkrit. |
torsion bar | bar kilas | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bar panjang dan lurus, yang diikat pada rangka kenderaan pada satu hujung dan pada lengan kawalan pada satu hujung yang lain. Tindakan pegas dihasilkan oleh kilasan bar tersebut. |
a la carte bar | bar a la carte | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bilik persendirian yang dijadikan bar untuk tetamu membayar minuman dan dikenali juga sebagai bar "cash on delivery" (COD). |
bar | bar | Muzik | Tiada | Unit pembahagian muzik mengikut meter. Contohnya, dalam meter 4/4, iaitu empat krocet membentuk setiap bar dan meter 6/8, iaitu enam kuaver membentuk setiap bar. |
bar spacing | jarak bar | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Jarak yang diukur di antara satu bar dengan bar yang lain di dalam konkrit tetulang. |