cents system | sistem sen | Muzik | Tiada | Sistem ukuran jeda muzik yang dicipta oleh A.J. Ellis. Contohnya, dalam muzik Barat, 1 oktaf bersamaan dengan 1200 sen, 1 ton pula bersamaan dengan 200 sen. Sementara <i>xh i>ton atau 1 semiton bersamaan dengan 100 sen. |
veering | menganan | Sains | Hidrometeorologi | 1. Perubahan arah angin mengikut putaran jam (misalnya selatan ke barat daya ke barat) di sebarang hemisfera, mengikut penggunaan umum antarabangsa. 2. Perubahan arah angin mengikut putaran jam di hemisfera utara dan menentang putaran jam di hemisfera selatan, mengikut penggunaan meluas di kalangan ahli kaji cuaca Amerika Syarikat. Istilah berlawanannya ialah mengiri. |
United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA)) | Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan di bawah PBB yang beribu pejabat di Amman, Jordan. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1949 menggantikan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin sebagai pertubuhan utama PBB dalam hal ehwal pelarian Palestin. Pada tahun 1999, lebih kurang 3.6 juta orang yang menjadi pelarian akibat beberapa peperangan yang berlaku antara negara Arab dengan Israel, telah berdaftar dengan UNRWA. Daripada jumlah ini, 1.1 juta orang ditempatkan di kem pelarian UNRWA. Walaupun pada asalnya pertubuhan ini hanya memainkan peranan dalam urusan penghantaran balik pelarian ke negara asal mereka, ganti rugi dan penempatan semula, pertubuhan ini kemudiannya terpaksa memikul tanggungjawab menyediakan rumah, makanan dan pendidikan bagi pelarian ini di Lubnan, Syria, Jordan, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Pertubuhan ini juga menghadapi pelbagai masalah berkaitan persaingan kepentingan antara Israel, negara- negara Arab dan pergerakan Palestin. Sinonim UNRWA. |
occidental amethyst | kecubung barat | Geologi | Tiada | 1. Varieti nilam.,2. Varieti korundum.,3. Sejenis kecundang palsu. |
cot | kot | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Kot: Sejenis baju potongan Barat yang tebal yang dipakai di luar baju kemeka |
afterglow | bara; teja | Geografi | Tiada | 1. Sinaran pudar biasa kelihatan di langit barat terutama di kawasan pergunungan setelah matahari tenggelam. Fenomena tersebut berlaku mungkin disebabkan kesan penyerakan zarah-zarah debu atmosfera ke atas cahaya matahari. |
orchestra | orkestra | Muzik | Tiada | 1.1pt;mso-ansi-language:EN-US">1. Sekumpulan pemuzik yang mempersembahkan sebuah karya yang melibatkan pelbagai alat muzik. Contohnya, orkestra gamelan dan orkestra Barat. 2.Orkestra simfoni Barat yang mengandungi empat bahagian
| longitude | longitud | Geografi | Tiada | 1. Jarak sudut sesuatu titik di permukaan bumi ke timur atau barat sesuatu meridian tengah. |
longitude | longitud | Geologi | Tiada | 1. Jarak sudut sesuatu titik di permukaan bumi ke timur atau barat sesuatu meridian tengah. |
cravat | kravat | Kesenian | Tiada | 1. Tali leher lebar yang dipakai bersama dengan kot pagi oleh lelaki Barat.,2. Tali leher daripada lawn, muslin atau sutera yang diikat kedua-dua hujungnya dengan ikat kupu-kupu atau simpul biasa pada bahagian tengah hadapan dari 1660 hingga akhir abad ke-19, kadang kala dipakai bersama-sama kolar yang berkanji.,3. Tali leher yang dipakai oleh wanita bersama-sama kostum sukan pada tahun 1830-an. |