internal audit | audit dalaman | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pemeriksaan terhadap keperluan dan kesahihan segala perbelanjaan yang dilakukan dalam sesuatu organisasi bertujuan untuk menilai kecekapan dan kebolehpercayaan bahagian perakaunan organisasi tersebut. Bahagian yang sering menerima audit dalaman ialah bahagian pentadbiran yang melibatkan penyemakan segala perbelanjaan dan penggunaan barangan pejabat. Dalam pengauditan dalaman, semua baucer, invois dan dokumen lain diperiksa ketepatan dan kesahihannya sebelum dibayar atau direkod secara rasmi. |