river fishing | pancing sungai | Perikanan | Tiada | Aktiviti memancing ikan di sungai, laut, pantai atau tasik. Pemancing akan menggunakan joran dan tali pancing yang tertentu. Ikan yang biasa dipancing ialah kelah, baung, toman dan sebarau. |
channel catfish virus (CCV) | virus ikan keli terusan (CCV) | Perikanan | Akuakultur | Sejenis herpesvirus, Ictalurid Herpesvirus 1 daripada famili Alloherpesviridae yang menyebabkan penyakit kepada ikan berduri seperti ikan patin, keli dan baung. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda-tanda seperti kembung perut/perut buncit, mata membonjol dan perdarahan di sirip dan otot. |
coarse fish/rough fish | ikan kasap | Perikanan | Tiada | Ikan air tawar yang bukan daripada kumpulan ikan rekreasi. Ikan ini kurang diminati oleh pemancing kerana sifatnya yang kurang melawan dan boleh mengancam atau mengurangkan populasi spesies ikan rekreasi, selain isinya yang kurang enak. Contohnya, ikan keli, baung, lampam, tilapia dan kaloi. |
metaphorical solution | penyelesaian kiasan | Kesusasteraan | Tiada | Peleraian kisah yang dibuat secara kiasan, analogi atau perbandingan melalui imej yang mempunyai keselarian dan perkaitan makna dengan kisah yang diceritakan. Sesetengah pengarang membuat peleraian terhadap sesuatu permasalahan dalam karya mereka secara lebih kreatif melalui unsur metafora tetapi tidak secara terus. Cara ini akan melahirkan kesan keindahan dalam karya dan berupaya mengerakkan minda pembaca untuk berfikir secara kritis. Contohnya, novel Seluang Menodak Baung karya Shahnon Ahmad. Ribut yang melanda Kampung Ternas pada akhir cerita tersebut boleh dianggap sebagai penyelesaian kiasan kepada pergolakan antara tradisi dalam pembaharuan. |