shallot | bawang merah | Pertanian | Tiada | Tiada |
shallot | bawang merah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
Bercy sauce | sos Bercy | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sos daripada wain putih yang dicampur bawang merah dan parsli racik. |
Chasser sauce | sos Hunter | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sos daripada demi-glas yang dicampur bawang merah, cendawan butang yang dimayang dan sedikit wain putih. |
Hunter's sauce | sos Hunter | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sos daripada demi-glas yang dicampur bawang merah, cendawan butang yang dimayang dan sedikit wain putih. |
Bulb crops | Tanaman bebawang | Pertanian | Agronomi | Jenis tanaman yang mempunyai bebawang seperti bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Hasil tanaman biasanya ialah bebawang kering yang digunakan sebagai perisa makanan. Selain itu daun bawang juga dihasilkan sebagai sayuran segar. |
Colbert sauce | sos Colbert | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sos daripada demi-glas yang dicampur wain putih, bawang merah dan lada sulah, ditapis dan dipukul bersama mentega, jus lemon dan herba. |
jikey | jikey | Kesusasteraan | Tiada | Teater rakyat yang dipersembahkan dengan rangkuman (gabungan) unsur muzik, tarian, dan dialog. Teater ini popular di Perlis dan Langkawi. Jikey mempersembahkan cerita tempatan seperti Mahsuri, Awang Kudis Buta, Batu Belah Batu Bertangkup, Naga kepala Tujuh, Bawang Putih Bawang Merah dan Pending Emas Pending Perak. Peralatan muzik jikey mengandungi violin, tamburin, tiga rebana pelbagai saiz, sebuah gong, dan lima pasang cerek yang diperbuat daripada kayu atau buluh. |
bulb | bebawang | Herba | Botani dan Bioteknologi | Batang yang memendek dan mempunyai daun yang tersusun rapat, menebal dan berisi di pangkalnya. Bebawang biasanya berbentuk kon dan di bawahnya terdapat akar serabut. Di celah susunan daun terdapat tunas yang dikenali sebagai bulbil. Contohnya, bawang merah (Allium cepa) dan tembaga suasa atau bakong (Crinum asiaticum). |
Kecubung | Datura metel | Pertanian | Tiada | Sejenis renek daripada famili Solanaceae. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat dan tepinya sinuat. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Bunganya berbentuk corong dan berwarna putih. Buah bentuk bulat berduri dan mengandungi banyak biji. Daunnya digunakan secara luaran untuk sengal-sengal tulang, sakit sendi, terseliuh dan sakit telinga. Daun dan bunganya dibuat pupuk bersama bawang merah (Allium cepa) dan halia (Zingiber officinale) untuk mengubati sengal tulang. Hirisan daun dihisap seperti rokok untuk mengubati lelah dan resdung. Daun yang dilayur ditampal pada bahagian bawah abdomen untuk melegakan sembelit. Buahnya sangat beracun serta mempunyai kesan narkotik dan anestetik (bius) yang boleh menyebabkan khayal dan menghilangkan rasa sakit gigi. |