breeze | bayu | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin yang terhasil akibat perolakan dengan kelajuan sederhana antara 4 hingga 27 knot mengikut skala Beaufort; iaitu bayu silir (4-6 knot), bayu lembut (7-10 knot), bayu sederhana (11-16 knot), bayu segar (17-21 knot), dan bayu kuat (22-27 knot). Bayu di kawasan pantai laut yang bertiup pada waktu siang disebut bayu laut, manakala yang bertiup pada waktu malam disebut bayu darat. Lihat juga skala Beaufort. |
sea breeze | bayu laut | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Bayu di kawasan pantai yang bertiup dari laut kedarat akibat perbezaan suhu apabila permukaan laut lebih sejuk daripada daratan. Bayu laut selalunya bertiup pada waktu siang yang tenang dan panas, dan selalunya lebih kuat daripada bayu darat. Bandingkan bayu darat. |
oceanic climate | iklim lautan | Geografi | Tiada | Iklim yang sangat dipengaruhi oleh faktor-faktor kelautan seperti angin pantai, arus lautan, bayu darat, bayu laut, dan kedudukan yang hampir dengan lautan. |
oceanic climate | iklim lautan | Geologi | Tiada | Iklim yang sangat dipengaruhi oleh faktor-faktor kelautan seperti angin pantai, arus lautan, bayu darat, bayu laut, dan kedudukan yang hampir dengan lautan. |
strong breeze | bayu kuat | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Bayu di kawasan pantai yang bertiup dari laut ke darat akibat perbezaan suhu apabila permukaan laut lebih sejuk daripada daratan. Bayu laut selalunya bertiup pada waktu siang yang tenang dan panas |
land breeze | bayu darat | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Bayu di kawasan pantai yang bertiup dari darat ke laut, akibat perbezaan suhu apabila permukaan laut lebih panas daripada permukaan daratan. Bayu darat selalunya bertiup pada waktu malam. |
breeze | bayu | Geografi | Tiada | . Bayu terbentuk disebabkan proses olakan yang membentukkan perbezaan tekanan di permukaan bumi. |
land breeze | bayu daratan | Geografi | Tiada | Bayu sejuk yang bertiup pada waktu malam daripada daratan ke laut disebabkan perbezaan pemanasan daratan dan air. |
mountain breeze | bayu gunung | Geologi | Tiada | Bayu yang bertiup menuruni cerun gunung kerana aliran graviti udara sejuk. |
glacier breeze | bayu glasier | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Bayu akibat graviti cetek yang menuruni glasier dan bertiup pada waktu siang dan juga malam. |