Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pemeriksaan secara pembedahan dsb yg dilakukan ke atas mayat atau bangkai binatang utk mengetahui atau mengenal pasti punca kematiannya, postmortem: mayat mangsa dihantar ke Hospital Ampuan Rahimah utk ~; laporan ~ menunjukkan darah dua lelaki itu mengandungi alkohol; 2. analisis, kajian semula, perbincangan dsb sesuatu peristiwa (perlawanan dsb) yg baru berlaku, terutamanya utk melihat punca kegagalannya dsb, postmortem: parti itu akan membuat ~ ekoran drpd kekalahan besar dlm pilihan raya kecil baru-baru ini;pihaknya akan melakukan ~ utk meneliti perkara yg berlaku sepanjang kejohanan itu;membedah siasat melakukan bedah siasat: beberapa pegawai dihantar utk ~ bangkai gajah terbabit; berapa kali prestasi pasukan bola itu hendak dibedah siasat? (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 pemeriksaan secara pembedahan dsb yg dilakukan terhadap mayat atau bangkai binatang utk mengetahui atau mengenal pasti punca kematian: Mayat mangsa dihantar ke Hospital Ampuan Rahimah utk ~. 2 analisis, kajian semula, perbincangan dsb terhadap sesuatu peristiwa (perlawanan dsb) yg baru berlaku, utk melihat kelemahan, punca kegagalan dsb: Parti itu akan membuat ~ ekoran kekalahan besar dlm pilihan raya kecil baru-baru ini. membedah siasat melakukan bedah siasat terhadap seseorang atau sesuatu: Beberapa pegawai dihantar utk ~ bangkai gajah tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siasat
Kata Terbitan : menyiasat, penyiasatan, penyiasat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
autopsybedah siasatKimiaForensikLihat autopsi.
postmortempostmortem/bedah siasatPerubatanTiadaPemeriksaan yang dilakukan ke atas mayat untuk menentukan penyebab kematian atau proses penyakit.
tree surgerysurgeri pokokLandskapTiadaKerja mendiagnosis masalah pokok melalui bedah siasat untuk menentukan punca penyakit atau masalah yang dihadapi dan sekali gus merawat pokok berkenaan.
autopsyautopsiKimiaForensikPemeriksaan mayat untuk menentukan punca kematian. Sinonim bedah siasat, post-mortem.
cyanide poisoningkeracunan sianidaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada sebatian sianida yang mungkin terkandung dalam bah an seperti min yak badam pahit, sirap ceri liar, asid prusik, asid hidrosianik, kalium sianida, dan natrium sianida. Tanda utama keracunan ialah pernafasan cepat, tekanan darah turun, konvulsi, dan koma. Keracunan akut akibat pengingesan atau penyedutan sebatian sianida, sianogen klorida, asetonitril dan bahan yang membebaskan ion sianida menyebabkan tidak sedar dengan serta-merta, konvulsi, dan mati dalam masa 1 - 15 minit. Keracunan kronik akibat penyedutan sianogen klorida pula menyebabkan pening, keadaan lemah, kesesakan paru-paru, kegarauan, konjunktivitis, hilang selera makan, hilang berat badan, dan kemerosotan mental. Penemuan makmal dalam keracunan sianida akut termasuklah asidosis metabolik teruk. Penemuan patologi dalam kes parah adalah tidak berciri. Bau badam pahit mungkin dikesan semasa bedah siasat.

Kembali ke atas