handbag | beg tangan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Beg perempuan yang dijinjing di tangan atau digalas di bahu. |
victim facilitation | pemudahan mangsa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan atau keadaan apabila seseorang individu mewujudkan peluang secara tidak sengaja yang membolehkan pelaku melakukan jenayah terhadapnya. Contohnya, seorang wanita meletakkan beg tangan di dalam troli semasa membeli belah sehingga mengakibatkan beg wanita tersebut diragut. |
opportunist criminal | penjenayah berpeluang | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Penjenayah yang mendapatkan, mencari atau menggunakan peluang yang ada untuk melakukan jenayah. Lazimnya, penjenayah ini menggunakan situasi yang sesuai untuk mendapatkan habuan jenayah dan tidak membuat sebarang perancangan awal. Sasaran dalam jenayah ini adalah secara rawak bergantung pada peluang yang tersedia. Contohnya, seorang samseng jalanan memecahkan cermin kereta apabila ternampak beg tangan ditinggalkan di dalam kereta. |
bag glove | sarung tinju beg | Sukan | Tiada | Sarung tangan khas untuk latihan menumbuk beg. |
chatelaine bag | beg satelain | Kesenian | Tiada | Tas tangan kecil berhias renda atau manik yang digantung pada tali pinggang dengan rantai bercangkuk hiasan. Tas ini popular pada abad ke-19. |
bead work | sulam manik | Kesenian | Tiada | 1. Kerja tangan menggunakan manik yang dihasilkan dengan cara sulam tenun dan kait.,2. Sulaman yang dibuat dengan cara menjahitkan manik di atas pakaian dan beg untuk hiasan. |
bead work | sulam manik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Kerja tangan menggunakan manik yang dihasilkan dengan cara sulam tenun dan kait.,2. Sulaman yang dibuat dengan cara menjahitkan manik di atas pakaian dan beg untuk hiasan. |
beading | sulam manik | Kesenian | Tiada | 1. Kerja tangan menggunakan manik yang dihasilkan dengan cara sulam tenun dan kait.,2. Istilah yang merujuk kepada sulaman yang dibuat dengan cara menjahitkan manik di atas pakaian dan beg untuk hiasan. |