Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata behavior


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bisexual behaviorkelakuan dwiseksualPerubatanTiadaTiada
bisexual behaviortingkah laku dwijantinaPsikologiTiadaTiada
organisational behaviortingkah laku organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

 Sikap, kelakuan atau gelagat individu atau kumpulan individu tertentu di tempat kerja. Sikap, kelakuan atau gelagat tersebut berupaya mempengaruhi sistem operasi organisasi. Pada keadaan tertentu,  boleh memberikan kesan positif atau negatif terhadap pencapaian matlamat organisasi bergantung kepada sikap, kelakuan atau gelagat tersebut ditafsirkan. Antara kepentingan konsep ini adalah untuk mempertingkatkan kecekapan sistem pentadbiran, mempengaruhi pengeluaran output, produk atau perkhidmatan. Konsep ini juga berupaya mendedahkan majikan kepada kaedah yang sesuai untuk mempertingkatkan kemahiran dan motivasi kakitangan serta memudahkan perancangan, pelaksanaan dan pembuatan keputusan dalam organisasi. Justeru itu, majikan atau pihak pengurusan atasan perlu sedar dan bijak mengawal serta memantau tingkah laku individu atau kumpulan dalam organisasi bagi memastikan hala tuju organisasi dapat dibentuk dengan sempurna, selaras dengan

cognitive behavior modification (CBM)modifikasi tingkah laku kognitifPsikologiPsikologi UmumSatu proses penggabungan antara prinsip pembelajaran kognitif dengan tingkah laku untuk membentuk dan menggalakkan tingkah laku yang diingini. Proses ini berlaku berdasarkan pada tiga andaian, iaitu tingkah laku individu diperantarakan melalui peristiwa kognitif, perubahan dalam persekitaran akan membawa perubahan kepada tingkah laku dan individu merupakan seorang yang aktif dalam pembelajaran. Secara umumnya, modifikasi tingkah laku kognitif mengandaikan bahawa individu mempunyai kebolehan dan keupayaan memilih untuk memantau dan mengurus tingkah laku sendiri.
dependency behaviortingkah laku kebergantunganPsikologiPsikologi UmumTingkah laku yang banyak bergantung pada orang lain atau masyarakat. Kebanyakan tingkah laku individu ini ditentukan oleh orang lain sehingga menyebabkan kepercayaan dirinya berkurangan. Contohnya, kanak-kanak yang terlalu bergantung pada ibu bapanya sehingga gagal membuat sesuatu keputusan sekalipun keputusan yang mudah.
social behaviorgelagat masyarakatKomunikasiKorporatKeadaan manusia yang bertindak balas terhadap diri dan perkitaran. Setiap manusia memiliki tingkah laku secara semula jadi yang dibentuk oleh persekitaran. Dalam perhubungan awam, perancang strategi pengiklanan atau komunikasi korporat akan menggunakan hasil analisis tingkah laku untuk mengenal pasti cita rasa dan arah aliran gaya hidup dan kepenggunaan khalayak. Maklumat tingkah laku ini digunakan sebagai asas untuk merancang penghasilan barangan dan perkhidmatan baru di samping memantapkan barangan perkhidmatan yang sedia ada. Matlamatnya adalah untuk mengembangkan industri dan meningkatkan pasaran. Selain itu, maklumat tingkah laku ini juga dijadikan sebagai asas rujukan penyelidikan dan pembangunan dalam organisasi. Sinonim tingkah laku masyarakat.
social behaviortingkah laku masyarakatKomunikasiKorporatLihat gelagat masyarakat.
non-verbal behaviortingkah laku bukan lisanPsikologiPsikologi UmumSebarang bentuk tingkah laku yang berupa bahasa gerak-geri, sentuhan, ekspresi muka atau gerak isyarat yang dipamerkan sewaktu berkomunikasi. Contohnya, mempamerkan muka marah menunjukkan perasaan individu yang sangat marah.

Kembali ke atas