betel leaf holder | tepak sirih | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Simbol pembuka kata atau pencuci mulut selepas makan. Tepak sirih digunakan dalam adat perkahwinan semasa upacara peminangan dan pernikahan, serta istiadat menerima tamu. Sesuai dengan fungsinya untuk mengisi daun siri, bahagian tepak dibentuk dengan ruang petak tertentu yang mengandungi beberapa bekas seperti bekas sirih, bekas pinang, bekas kapur, bekas gambir, bekas tembakau, bekas bunga dan sebagainya. Tepak sirih juga digunakan dalam adat istiadat perkahwinan diraja dan diperbuat daripada bahan perak. |
container | bekas | Teknologi Maklumat | Perisian | Kelas, struktur data atau jenis data abstrak yang merupakan koleksi beberapa objek. Bekas ini digunakan untuk menyimpan objek dalam bentuk yang tersusun dengan menggunakan peraturan capaian yang tertentu. Umumnya, kelas bekas ini boleh digunakan untuk melaksanakan kaedah seperti yang berikut: i. Mewujudkan bekas kosong yang baharu. ii. Melaporkan bilangan objek yang disimpan. iii.Memadamkan kesemua objek di dalam bekas. iv.Menyelitkan objek yang baharu ke dalam bekas. v. Membuang objek daripada bekas. vi. Menyediakan capaian kepada objek yang tersimpan. |
pipette | pipet | Kimia | Tiada | Radas makmal yang ditentukurkan untuk memindahkan suatu isi padu tertentu cecair dari satu bekas ke bekas yang lain. terdapat dua jenis pipet, iaitu pipet bebuli dan pipet bersenggat. |
closed vessel | bekas tertutup | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Bekas yang ditutupi keseluruhannya ketika operasi proses berlaku. Kegunaan bekas ini adalah untuk mengurangkan terjadinya kehilangan haba dan jisim ke persekitaran. |
plastic container | bekas plastik | Landskap | Tiada | Bekas yang diperbuat daripada plastik yang digunakan sebagai tempat untuk menanam tumbuhan. Bekas ini biasanya dibuat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Sinonim pasu plastik. |
bur stand | bekas bur | Pergigian | Tiada | Bekas yang biasanya diperbuat daripada plastik atau keluli nirkarat dan digunakan untuk menyimpan atau menyusun bur. Bekas yang diperbuat daripada keluli nirkarat boleh disterilisasi di dalam autoklaf. Ia terdapat dalam pelbagai bentuk mengikut pembuatnya. |
agitated vessel | bekas teraduk | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Bekas yang mengandungi pengaduk berbentuk kipas di bahagian tengahnya yang dipusingkan oleh motor. Kegunaan bekas ini adalah untuk mendapatkan percampuran yang baik antara komponen-komponen campuran di dalamnya. |
air receiver | tangki udara | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Bekas yang diperbuat daripada keluli atau gentian kaca untuk menyimpan udara bertekanan. Bekas ini dilengkapi dengan injap keselamatan, tolok tekanan dan injap salir. Bekas ini mesti diperiksa secara berkala dan didaftarkan dengan pihak berkuasa. Udara yang tersimpan dalam bekas ini digunakan sebagai sumber bekalan kuasa sistem pneumatik dan kegunaan lain seperti pemprosesan bahan dan pengudaraan ruang kerja. |
hermetically sealed container | bekas kedap udara | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Bekas yang bertutup rapat supaya udara atau gas tidak boleh masuk atau keluar. Bekas ini lazimnya digunakan untuk makanan yang mudah teroksida. |
self-watering containers | bekas pengairan sendiri | Pertanian | Agroteknologi | Set bekas dan pasu yang digunakan supaya pengairan tidak perlu dilakukan dengan kerap. Pasu perlu mengandungi medium atau tanah, dan terdapat lubang-lubang yang boleh dilalui air di bahagian bawah pasu tersebut. Pasu ini diletakkan di atas suatu bekas yang mengandungi air yang bertakung. Air diserap ke dalam medium melalui sumbu (kain, tali) supaya sentiasa lembap dan akar pokok dapat menyerap air. Bekas tersebut hanya perlu diisi air kira-kira seminggu sekali. Singkatan SWC. Sinonim autopasu. |