Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ker.ja] | بکرجا

Definisi : 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu: setiap pegawai dan kakitangan yg lain ~ bersungguh-sungguh utk menghasilkan sebuah kamus yg baik; beberapa orang buruh sedang ~ keras membaiki jalan raya; 2. mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dlm kegiatan tertentu utk mencari nafkah (memperoleh pendapatan): ada antara mereka yg menjadi pengemis kerana malas ~; sebahagian besar drpd siswazah itu sudah pun ~; 3. pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja spt pejabat dll dan menjalankan tugas dan tanggungjawab: saya bercuti selama tiga hari dan akan balik ~ pd hari Khamis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ker.ja] | بکرجا

Definisi : membuat atau melakukan sesuatu kerja: Dia tidak ~ hari ini kerana sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Orang petani membuat dangau,
     Dibiar kosong tidak bekerja;
Berapa tinggi terbang bangau,
     Akhirnya di belakang kerbau juga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Rajin bekerja mudah belanja.

Bermaksud :

Orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
overtimelebih masaPentadbiranTiadaMasa bekerja yang melebihi masa bekerja piawai.
sweat labourburuh keringatPentadbiranTiadaPekerja yang dibayar gaji atau upah yang rendah dan bekerja di tempat bekerja yang usang kerana sesetengah
safe working distancejarak bekerja selamatTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikJarak selamat daripada punca sinaran untuk operator radiografi industri bekerja. Jarak tersebut ditentukan oleh dos selamat yang terdapat pada Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas (2010) di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984.
staggered shiftgiliran peringkatPentadbiran PerniagaanTiadaGiliran bekerja yang tidak mengikut giliran biasa seperti pekerja mula atau habis bekerja lebih awal atau lebih lewat.
spanner shiftgiliran peringkatPentadbiran PerniagaanTiadaGiliran bekerja yang tidak mengikut giliran biasa seperti pekerja mula atau habis bekerja lebih awal atau lebih lewat.
double agentperisik dwimukaUndang-undangTiadaSeseorang yang bekerja sebagai pengintip untuk sesuatu negara atau organisasi tertentu tetapi turut bekerja untuk musuh negara atau organisasi tersebut.
potential support rationisbah sokongan potensiGerontologiTiadaNisbah anggaran kebolehdapatan sokongan antara penduduk yang bekerja (15 tahun hingga 64 tahun) berbanding dengan penduduk yang tidak bekerja (55 tahun dan ke atas).
industrial labourpekerja perindustrianEkonomiTiadaPerkhidmatan yang disumbang oleh pekerja yang boleh dikuantitikan dalam jumlah tempoh masa bekerja, seperti dalam jumlah jam atau minggu bekerja oleh semua pekerja.
welfare paymentbayaran kebajikanEkonomiTiadaBantuan kewangan oleh pihak kerajaan kepada orang miskin, terutamanya mereka yang tidak boleh bekerja, atau yang berpendapatan rendah. Bayaran ini mempunyai kesan negatif, kerana ia mungkin mendorong orang supaya tidak bekerja lebih.
automaticautomatikTeknikElektrikberkaitan dengan peranti yang terkendali secara sendiri tanpa bantuan manusia. peranti automatik bekerja dengan sendiri apabila berlaku sesuatu perubahan keadaan daripada keadaan biasa, seperti pertambahan arus dengan mengejut, arus bocor ke bumi, atau kenaikan suhu. contoh peranti yang bekerja secara automatik ialah pemutus litar.
12345678910...

Kembali ke atas