budget summary | ringkasan belanjawan | Pentadbiran | Tiada | Ringkasan yang merangkumi belanjawan kendalian dan belanjawan modal bersama-sama dengan belanjawan penyata, dan pendapatan kunci kira-kira. |
zero-based budget | belanjawan dasar kosong | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Belanjawan ini diperkenalkan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter. Ia berorientasikan keutamaan program dan diaplikasikan dengan meluas sekitar tahun 1976-1980. Belanjawan Dasar Kosong merupakan peruntukan sumber kepada agensi-agensi kerajaan yang berdasarkan penilaian semula keperluan semua program dalam satu-satu agensi. Setiap agensi perlu menyemak semula program sama ada program tersebut perlu diteruskan atau dihentikan semasa membuat cadangan belanjawan. Penyemakan ini adalah daripada atas ke bawah dan oleh itu dikenali sebagai zero-based. Dasar kosong bererti menghapuskan pembaziran yang meningkat ke atas program yang ketinggalan zaman dalam belanjawan kerajaan. Belanjawan ini memaksa setiap agensi membuat justifikasi ke atas setiap sen yang dipohon. |
balanced budget | belanjawan terimbang | Sosiologi | Tiada | Belanjawan yang menunjukkan perbelanjaan yang dianggarkan bagi tempoh belanjawan adalah berpadanan dengan hasil yang dijangkakan bagi tempoh yang sama. |
surplus budget | belanjawan lebihan | Ekonomi | Tiada | Dasar belanjawan kerajaan yang jumlah hasilnya melebihi jumlah perbelanjaan bagi satu tahun fiskal. Belanjawan ini mungkin dicapai dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan atau menaikkan cukai, atau kedua-duanya sekali. |
deficit budget | belanjawan defisit | Ekonomi | Tiada | Dasar belanjawan kerajaan yang jumlah perbelanjaannya melebihi jumlah hasil bagi satu tahun fiskal. Keadaan ini berlaku apabila kerajaan mengurangkan cukai atau meningkatkan perbelanjaan, atau kedua-duanya sekali. Defisit tersebut biasanya dibiayai melalui pinjaman. Sinonim belanjawan kurangan. |
budget | belanjawan | Pengurusan | Perancangan | Suatu rancangan peruntukan kewangan yang disusun secara sistematik oleh pihak atasan pengurusan kewangan organisasi, yang meliputi seluruh aktiviti organisasi. Lazimnya, belanjawan dinyatakan dalam nilai kewangan dan berlaku untuk jangka waktu tertentu, sama ada bulanan atau tahunan yang akan datang. Belanjawan melibatkan peruntukan berdasarkan fungsi-fungsi jabatan dalam organisasi bagi mengurus aktiviti kewangan dengan baik, termasuk sumber-sumber pendapatan, aset dan hutang supaya setiap perbelanjaan yang dibuat mendatangkan faedah yang optimum kepada organisasi. |
budget | peruntukan belanjawan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sejumlah amaun perbelanjaan yang disediakan untuk sesuatu bahagian, jabatan atau pihak untuk digunakan dalam sesuatu tempoh, biasanya setahun. Peruntukan belanjawan ini diberikan untuk tujuan tertentu terutamanya untuk kepentingan orang ramai atau sektor masyarakat tertentu. Belanjawan negara yang disediakan oleh Menteri Kewangan umpamanya setiap tahun memberi peruntukan kepada berbagai pihak seperti sekolah, universiti, hospital, bomba, tentera, jabatan kebajikan dan sebagainya untuk digunakan bagi menyediakan kemudahan kepada orang ramai. |
advertising budget | belanjawan pengiklanan | Komunikasi | Korporat | Sejumlah wang yang disedikan oleh pengiklan untuk tujuan pengiklanan. Terdapat pelbagai kaedah untuk menentukan jumlah yang sesuai bagi sesuatu belanjawan pegiklanan, iaitu bergantung pada: (i) Keadaan pasaran dan bentuk persaingan yang wujud pada sesuatu masa. (ii) Orientasi dan jenis perniagaan. (iii) Jumlah modal operasi perniagaan. (iv) Sikap dan tanggapan pihak pengurusan organisasi terhadap pengiklanan. Belanjawan pengiklanan dirancang dan disediakan berdasarkan tempoh belanjawan yang ditentukan oleh sesebuah organisasi. |
one-off budget | belanjawan sekali beri | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Peruntukan kewangan yang hanya diberikan sekali sahaja bagi sesuatu tujuan. Ia tidak berkala seperti bulanan, tahunan atau dwi tahunan. Biasanya belanjawan seperti ini digunakan untuk perbelanjaan yang tidak tetap, tidak berulang dan bersifat hangus. Belanjawan ini biasanya diberikan pada awal tahun dan salah satu cara ia digunakan ialah untuk membeli alat perkakasan dan perabot pejabat. |
variable budget | belanjawan berubah | Pentadbiran | Tiada | Belanjawan yang membezakan antara kos tetap dan kos berubah, dan menunjukkan cara perbelanjaan berubah mengikut tahap jualan syarikat. |