Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.leng.gu] | بلڠݢو

Definisi : 1. alat utk mengikat kaki atau tangan, rantai kangkang, gari, sengkela: polis itu membawa ~ dan melekatkannya di tangan Yusuf; 2. ki sesuatu yg dianggap spt mengikat (kebebasan dll): merdeka itu ertinya terlepas drpd ~ menjadi anak jajahan; membelenggu 1. melekatkan (mengenakan) belenggu pd, menggari: kedua-dua tangannya dipegang kuat-kuat dan dibelenggu;2. ki mengikat kebebasan: hasrat penjajah utk ~ fikiran rakyat; 3. menyekat, menghalang: adat-adat yg ~ kemajuan; 4. memikat (hati dll): parasnya yg cantik manis tentu sekali akan ~ hati barang siapa yg memandangnya; terbelenggu 1. terikat (dgn belenggu); 2. tersekat atau terkongkong kebebasan utk melakukan sesuatu: ada manusia bebas, ada yg ~; 3. terpikat: ~ oleh kata-katanya yg lemah lembut;kebelengguan rasa (keadaan) terbelenggu: kemerdekaan individu dan masyarakat serta negara drpd setiap ~ isme-isme boleh diatasi sehingga semuanya dapat tunduk kpd Allah;pembelengguan perbuatan membelenggu: kemerdekaan yg melepaskan sebarang bentuk atau rupa penaklukan, ~, dan penindasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.leng.gu] | بلڠݢو

Definisi : 1 alat utk mengekang kaki atau tangan; gari; sengkela. 2 ki sesuatu yg mengikat sehingga menyebabkan tidak bebas lagi: ~ penjajahan. membelenggu 1 mengenakan belenggu pd. 2 ki mengenakan sekatan, halangan dsb pd: ~ fikiran rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belenggu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bending shacklebelenggu hujungPelayaranTiadaBelenggu pada hujung rantai yang menghubungkannya kepada sauh.
anchor shacklebelenggu sauhPelayaranTiadaBesi belenggu pada bahagian teratas sauh yang menyambung ke rantai sauh.
padlockmanggaKejuruteraanTiadaAlat kunci tak terpasang yang mempunyai belenggu cangkuk yang dapat dibuka dan ditutup, dengan belenggu itu lalu pada mata untuk mengikat dua bahagian yang berkepitan.
shacklebelengguPerikananTiadaTiada
shacklebelengguKejuruteraanTiadaTiada
bondagebelengguSejarahTiadaPerhambaan atau pengabdian dalam sistem feudal yang berhubung dengan pengerjaan tanah oleh hamba untuk tuan tanah.
anchor shacklebelenggu sauhKejuruteraanTiadaTiada
fabric shacklesbelenggu fabrikKejuruteraanTiadaTiada
joiner shacklebelenggu penyambungKejuruteraanTiadaTiada
joining shacklebelenggu sambungPerikananTiadaTiada
123

Kembali ke atas