Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lian] | بلين

Definisi : 1. benda yg sudah dibeli: kita harus dapat menaksir berapa banyak barang dagangan patut dibeli utk bulan depan, supaya ~ tidak berlebihan; budak ~ hamba (yg dibeli); 2. = beli-belian bp membeli-beli, berbelanja; harga ~ bayaran barang pd masa membeli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lian] | بلين

Definisi : sl pawang, bomoh; hantu ~ harimau yg mempunyai kekuatan ghaib. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lian] | بلين

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras), Eusideroxylon zwageri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lian] | بلين

Definisi : barang yg dibeli: harga ~ harga yg dibayar ketika membeli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belian

Puisi
 

Nisan batu tambak belian,
     Jari jangan diberi luka;
Amanah ibu bapa pesan,
     Janji jangan diberi lupa.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
belianbelianPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Eusideroxylon zwageri daripada famili lauraceae. Nama lain di Sabah ialah tambulian, dan nama dagangannya di Eropah ialah Borneo ironwood. Gubal kayu belian berwarna kuning cerah, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat muda, dan bertukar menjadi coklat kemerahan apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 835 hingga 1185 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu belian merupakan salah satu kayu yang paling tahan di dunia, sukar diawet dan lambat mengering. Kayu ini kuat, mudah dikerjakan dan dapat menghasilkan permukaan yang berkilau. Kayu ini terpilih dan sesuai untuk dijadikan cerucuk laut, sirap, tiang pakar, lantai tahan lasak, atap rumah, dan untuk kerja binaan berat, bot dan dermaga.
purchase taxcukai belianEkonomiTiadaCukai ad valorem yang dikenakan terhadap harga borong barang-barang tertentu yang bukan barang perlu. Cukai belian dibayar oleh pengguna kepada peruncit yang membayar cukai kepada kerajaan. Cukai belian ialah sejenis cukai tak langsung.
najashpakatanPerniagaan IslamTiadaUsaha sama untuk mempengaruhi harga jualan atau belian. Contoh pakatan dalam jualan lelongan adalah apabila para pembeli berpakat untuk tidak meletakkan harga belian yang tinggi. Contoh pakatan dalam belian adalah apabila para pembeli berpakat membeli dengan kuantiti yang banyak sehingga harga meningkat.
store-room purchasesbelian storanPentadbiran PerniagaanTiadaBelian bahan-bahan yang dipesan oleh penjaga stor.
buying-inbelian paksa; pembelian dalamPentadbiran PerniagaanTiada1. Belian paksa: Pembelian semula sesuatu sekuriti dalam pasaran terbuka apabila penjual gagal membuat penyerahan skrip sekuriti dalam tempoh tertentu.
murabahah financingpembiayaan murabahahEkonomiEkonomi IslamPembiayaan yang diberikan oleh bank kepada pelanggan berasaskan prinsip murabahah. Bank membeli barangan yang dikehendaki oleh pelanggan dan menjual kepada pelanggan dengan harga kos belian tambah margin. Kos belian dan margin harus diketahui oleh pelanggan. Pelanggan pula bersetuju membayar harga jualan secara ansuran.
khiyar rukyahkhiyar rukyahPerniagaan IslamTiadaHak pemilihan pembeli yang tidak melihat produk yang ingin dibeli. Pembeli berhak menolak barangan belian kerana syarat sah khiyar adalah dengan melihat barangan belian. Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat khiyar ini hukumnya harus tetapi Mazhab Syafii tidak mengharuskannya kerana wujud unsur gharar dan penipuan pada produk tersebut.
purchasebelian; pembelianEkonomiTiadaTiada
purchasebelian; pembelian; purcasPerikananTiadaTiada
purchasebelian; pembelianPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas