Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj ikan yg panjang (spt ular) dan licin (hidup dlm lumpur), Monopterus albus; ~ laut belin, Echidna spp.; ~ kena ranjau (getah) prb orang yg cerdik kena tipu; bagai ~ digetir (diketil) ekor prb cepat sekali; bagai menyukat ~ hidup prb pekerjaan yg sia-sia; bagai ~ diregang prb orang yg tinggi dan kurus (atau sakit pinggang); licin bagai ~ prb tiada mudah ditipu (cerdik); spt ~ pulang ke lumpur prb orang yg telah balik ke tempat asalnya dan payah akan pergi lagi;berbelut Mn menangkap belut; bagai si kudung pergi ~ prb pekerjaan yg sia-sia kerana tidak berkeupayaan melakukannya; kena kecipak orang ~ prb tidak terlibat (mendapat kesulitan) dlm perkara orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj ikan yg panjang lagi licin kulitnya dan biasanya terdapat dlm lumpur, Fluta alba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belut

Puisi
 

Kalau tuan menggulai belut,
     Menggulai mari dengan pengatan;
Kalau hati sudah susut,
     Tanah di Benut kutinggalkan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Belut jatuh ke lumpur.

Bermaksud :

Senang sekali.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eelbelutPerikananTiadaSejenis ikan daripada beberapa famili seperti Anguillidae, Congridae dan Monopteridae. Belut mempunyai kepala berbentuk bulat dan badan yang panjang serta licin. Belut daripada famili Anguillidae hidup di dalam air tawar dan membiak di dalam air laut, manakala belut daripada famili Congridae hidup di dasar laut sahaja. Belut daripada famili Monopteridae yang dikenali sebagai belut sawah pula mendiami kawasan air tawar.
jalin tulang belutjalin tulang belutKesenianTiadaJalinan kemasan yang dibuat secara bertindan digunakan untuk mengemas bingkai.
eellinangPerikananTiadaBelut daripada famili Anguillidae yang bersifat katadromi, iaitu mendiami habitat air tawar dan membiak di laut dalam. Hanya spesies daripada famili ini sahaja yang mempunyai sirip pektoral. Lihat juga belut.
eelbelutPerikananTiadaTiada
eelbelutPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
sand eelbelut pasirPerikananTiadaTiada
eel skirtskirt belutKesenianTiadaSkirt pesak sama sendat di atas pinggul yang digunting serong dan kembang sedikit dari lutut ke kelepet, dipakai pada akhir tahun 1890-an.
herringbone bondsusunan tulang belutKesenianTiadaTiada
herringbone workkerja tulang belutKesenianTiadaTiada
cross noggingsesendal tulang belutKesenianTiadaTiada
123

Kembali ke atas