true resistance | ketahanan benar | Biologi | Patologi | Istilah ini sama ertinya dengan ketahanan aktif. Ia dikatakan benar kerana ketahanan yang berasaskan fisiologi benar-benar dapat mengawal perkembangan patogen, walaupun ia sudah berada di dalam sel perumah. bd. ketahanan palsu. |
masterpiece | karya agung | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang benar-benar bernilai, tahan diuji oleh masa, keadaan, yang menjadikan pengarangnya dikenali atau terpenting. |
physical pain | kesakitan fizikal | Gerontologi | Tiada | Sakit yang benar-benar dirasai, seperti rasa sakit apabila dicubit, ditumbuk atau luka. |
physical pair | pasangan fizikal | Matematik | Tiada | Dua bintang yang benar-benar hampir antara satu sama lain dan bergerak dalam orbit yang perlahan. Bintang ini juga dikenali sebagai bintang dedua sebenar. |
anecdote | anekdot | Kesusasteraan | Tiada | Naratif ringkas tentang sesuatu perkara yang dianggap benar-benar berlaku dalam sejarah kehidupan seseorang tokoh. Anekdot biasanya wujud dalam penulisan biografi, esei, dan ucapan tertentu. Anekdot bertujuan untuk memperincikan perwatakan seseorang dan memberikan penekanan kepada sesuatu idea yang abstrak agar lebih konkrit dan mudah difahami. Tema dan plot sesuatu anekdot biasanya ringkas dan mudah. Kebanyakannya mengandungi mesej yang bersifat didaktik, ironi, dan sindiran. Ada kalanya anekdot penuh dengan kisah lucu dan menghiburkan hati pembaca. Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat anekdot tentang tokoh sejarah tertentu dalam karya sastera bercorak sejarah. Contohnya dalam Sejarah Melayu terdapat anekdot tentang Tun Perak, Tun Mutahir, Tun Fatimah, sultan, pembesar, dan watak lain. Kisah �Tun Mai Ulat Bulu� belajar mengaji dengan Makhdum Sadar Jahan merupakan salah satu anekdot lucu yang menarik. Anekdot lucu juga boleh ditemui dalam cerita �Pak Kaduk� dan �Lebai Malang�. |
documentary | dokumentari | Pendidikan | Tiada | Filem tentang peristiwa, kegiatan dan sebagainya yang lazimnya benar-benar berlaku. |
realistic film | filem realistik | Komunikasi | Tiada | Filem yang mencerminkan kehidupan manusia sebagaimana yang benar-benar berlaku. |
legend | legenda | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang memerikan secara berlebih-lebihan tokoh tertentu yang benar-benar wujud. Tokoh terdiri daripada ulama, wali, pemimpin, pahlawan atau wira yang popular. Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat yang tersohor, dan sering kali dikaitkan dengan �tanda alam� di tempat berlakunya peristiwa penting yang diceritakan. Unsur luar biasa dan misteri menjadi ciri penting dalam legenda. Cerita legenda berlatarkan masa yang lebih hampir dengan cerita kontemporari, dengan latarnya sering dirujuk. Oleh itu, legenda merupakan satu-satunya genre cerita rakyat yang hidup dan terus dicipta. Legenda hampir sama dengan mitos, disampaikan dengan bahasa yang bersahaja, kadang-kadang bersifat stilistik dan formulaik, walaupun dicipta secara lisan. Namun sifat-sifat lisan tetap ada, contohnya unsur perulangan. Legenda boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja dan tidak dihubungkan dengan sesuatu acara khas. Legenda berbentuk longgar, tidak memperlihatkan struktur atau plot yang tipikal dan hampir kesemuanya berbent |
documentary film | filem dokumentari | Pendidikan | Tiada | Filem tentang peristiwa, kegiatan dan sebagainya yang lazimnya benar-benar berlaku. |
letter of credence | surat tauliah | Komunikasi | Tiada | Surat rasmi yang menyatakan bahawa pembawa surat tersebut benar-benar wakil sesuatu lembaga atau negara. |