Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ngang] | بڠڠ

Definisi : ternganga, terbuka besar-besar; buah ~ buah yg terbelah dua kalau masak; ~ sebelah terbuka sebelah utk mengeluarkan bijinya (buah); kena si ~ terdiam kerana hairan;membengang mengangakan, membuka besar-besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ngang] | بڠڠ

Definisi : 1. berdesing dlm telinga, berdengung dlm telinga; 2. bp geram dan sakit hati: aku ~ betul melihat telatahnya; 3. buntu: kepalanya ~ memikirkan masalah itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ngang] | بڠڠ

Definisi : Jw sakit (penyakit) kencing nanah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ngang] | بڠڠ

Definisi : berasa berdesing dlm telinga spt ketika sakit demam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bengang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dehiscent fruitbuah bengangHerbaBotani dan BioteknologiBuah yang terbuka apabila matang dan kering untuk membebaskan biji. Terdapat beberapa jenis buah bengang, iaitu jenis kapsul seperti buah getah (Hevea brasiliensis) dan remunggai (Moringa oleifera), jenis folikel seperti hempedu bumi (Andrographis paniculata), jenis lenggai seperti gelenggang (Senna alata) dan jenis silik seperti sawi (Brassica juncea) dan selada air (Nasturtium officinale).
dehiscentbengangPertanianTiadaTiada
dehiscentbengang/dehisensBiologiUmumTiada
web ragebengang webTeknologi MaklumatTiadaKekecewaan dan kemarahan pengguna apabila mencapai web. Ia disebabkan oleh perkara seperti pelayan yang sibuk, pautan yang hilang dan tapak web yang tidak direka bentuk dengan baik. Lihat juga pautan reput
indehiscenttak bengang/tak meletupBiologiUmumTiada
dehiscence (fruit)buah bengangPertanianTiadaTiada
indehiscent fruitbuah tak bengangPertanianTiadaTiada
folliclefolikelPerubatanTiadaBuah bengang kering yang terbentuk daripada satu karpel, membengang di sepanjang sebelah topi; satu rongga yang menyerupai kantung.
folliclefolikelHerbaBotani dan BioteknologiBuah bengang kering yang terbentuk daripada satu karpel. Buahnya mempunyai satu atau beberapa biji, dan merekah sebelah. Contohnya, buah hempedu bumi (Andrographis andrographis).
capsulekapsulHerbaBotani dan BioteknologiBuah bengang kering yang terbentuk daripada ovari sinkarpa. Buah ini merekah apabila masak dan membentuk injap melalui liang atau belahan memanjang. Contohnya, keembong (Impatiens balsamina), kangkung (Ipomea aquatica), jarak (Ricinus communis) dan kesumba (Bixa orellana).
12

Kembali ke atas