broadcast sowing | semai tabur | Geologi | Tiada | Penyemaian benih-benih pokok melalui proses penaburan rambang. |
certified seed | Biji benih berdaftar/ biji benih diiktiraf | Pertanian | Agronomi | Biji benih sesuatu varieti yang dihasilkan mengikut piawai yang dikawal ketat untuk menjamin ketulenan varieti biji benih itu. Biji benih ini mesti memenuhi keperluan minimum dari segi kandungan biji benih lain, bahan lengai dan biji benih rumpai serta peratus percambahan. Semua biji benih perlu melalui pemeriksaan di ladang dan diproses oleh kilang yag diiktiraf serta sampel biji benih perlu diuji di makmal.Sinonim biji benih diiktiraf. |
landscape nursery | tapak semaian landskap | Sosiologi | Tiada | Kawasan pembiakan benih-benih tanaman landskap seperti bunga atau pokok-pokok. |
seed classification | pengelasan biji benih | Pertanian | Agronomi | Klasifikasi biji benih berasaskan ketulenan dan generasi. Baka yang dihasilkan oleh pembiak baka biji benih dipanggil biji benih pembiak baka. Apabila digandakan, biji benih generasi kedua dipanggil biji benih asas. Biji benih peringkat seterusnya dipanggil biji benih berdaftar, manakala yang diedarkan kepada pengguna dipanggil biji benih komersial. Contohnya, untuk tanaman padi, biji benih pembiak baka disimpan di bank gen MARDI, manakala biji benih berdaftar dan komersial dihasilkan oleh badan yang diiktiraf oleh kerajaan. |
seed transmission | penyebaran biji benih | Pertanian | Agronomi | Jangkitan penyakit yang disebarkan melalui biji benih. Contohnya, biji benih yang mengandungi patogen akan menjangkiti biji benih lain. Jangkitan juga berlaku daripada biji benih yang bercambah kepada anak benih. Kebanyakan penyakit penyebaran biji benih disebabkan bakteria yang sukar dikawal melalui pemprosesan biji benih. |
seed-borne | bawaan benih | Biologi | Patologi | Perihal penyebab penyakit yang ditularkan melalui atau oleh biji benih, anak benih atau bahan lain daripada tumbuhan yang digunakan sebagai benih. Contohnya ialah Fusarium spp. yang menyebabkan penyakit besar rabu. |
seed-borne | bawaan benih | Kimia | Tiada | Perihal penyebab penyakit yang ditularkan melalui atau oleh biji benih, anak benih atau bahan lain daripada tumbuhan yang digunakan sebagai benih. Contohnya ialah Fusarium spp. yang menyebabkan penyakit besar rabu. |
seed processing | pemprosesan biji benih | Pertanian | Agronomi | Proses menghasilkan biji benih yang bersih dan boleh disimpan daripada biji benih yang baru dituai. Pemprosesan ini melibatkan pembuangan kulit dan pengeringan ke tahap kandungan kelembapan yang dikehendaki. Proses ini juga membersihkan biji benih daripada benda asing seperti benih rumpai, biji benih tanaman lain serta biji benih yang rosak. Untuk memasarkan biji benih yang telah diproses, pengendalian, penggredan dan pembungkusan perlu dilakukan. |
seed dressing | penyalutan benih | Biologi | Patologi | Menyelubungi benih dengan pestisid supaya benih tersebut terlindung/dijaga daripada serangan perosak apabila bercambah dan muncul ke permukaan tanah. bd. perawatan benih. |
Certified seed stock | Stok biji benih berdaftar/biji benih diiktiraf | Pertanian | Agronomi | Simpanan biji benih berdaftar yang terdapat di institusi seperti institut penyelidikan, universiti, jabatan kerajaan atau syarikat biji benih. Stok ini dikawal rapi untuk menjamin ketulenan varieti dan digunakan untuk pembiakbakaan varieti tesebut. |