benzine poisoning | keracunan benzina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada benzina, iaitu hidrokarbon petroleum. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan pulmonari dan penekanan sistem saraf pusat. Keracunan akut akibat penyedutan atau pengingesan menyebabkan loya dan muntah, batuk, kerengsaan pulmonari yang berubah menjadi edema pulmonari, kahak berdarah, dan pneumonia bronkus dengan demam dan batuk. Pengingesan dalam jumlah yang lebih besar, iaitu melebihi I cm3/kg menimbulkan gejala penekanan sistem saraf pusat dan kerengsaan, termasuklah keadaan lemah, pening, pernafasan perlahan dan singkat, tidak sedar, konvulsi dan koma. Keracunan kronik akibat penyedutan menyebabkan pening, keadaan lemah, hilang berat badan, anemia, kerisauan, gementar, sakit dalam anggota, rasa kebas pada bahagian hujung anggota, dan parestesia. Penemuan makmal menunjukkan pengiraan sel darah merah kurang, sumsum tulang mungkin menunjukkan hipoplasia, dan air kencing mungkin mengandungi protein dan sel darah merah. Penemuan patologi dalam keracunan akut termasuk edema pulmon |
normal benzine | benzina normal | Kimia | Tiada | Tiada |