specific probability distribution function | fungsi agihan kebarangkalian spesifik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Fungsi agihan kebarangkalian sesuatu zarah yang berada pada kedudukan tertentu yang telah ditetapkan. Misalnya, zarah pertama seharusnya berada pada kedudukan x, dan zarah kedua berada pada kedudukan y, dan seterusnya. Fungsi agihan ini tidak bermakna bagi sistem yang terdiri daripada N bilangan zarah yang tidak boleh dibezakan antara satu sama lain. |
stratosphere | stratosfera | Aeroangkasa | Tiada | Kawasan atmosfera yang berada di antara tropopaus dengan stratopaus.,Kawasan atmosfera yang berada di antara tropopaus dengan stratopaus. |
moon illusion | ilusi bulan | Psikologi | Psikologi Umum | Ilusi yang membuatkan individu melihat bulan yang berada di ufuk lebih besar daripada di tengah langit. Ketika bulan berada di tengah langit. Contohnya, dua biji belon yang sama saiznya diletakkan pada jarak berbeza. Belon yang jauh terpaksa dibesarkan sehingga imejnya sama saiz dengan belon yang dekat. Individu menyedari bahawa kedua-duanya sama saiz apabila berdekatan. Hal ini bermakna tanda saran kedalaman telah membuatkan saiz bulan yang sama kelihatan berbeza keranaufuk, objek-objek seperti bangunan, pokok, gunung-ganang yang jelas pada kedudukan dekat dan berbalam-balam pada kedudukan jauh akan menjadikan bulan lebih jauh daripada ketika berada di tengah langit. Oleh itu, bulan yang sama saiz tanpa mengira jaraknya, akan dipersepsikan lebih besar semasa di ufuk daripada di bulan di ufuk seharusnya dilihat sama saiznya. Oleh sebab itu, bulan seharusnya kelihatan lebih kecil. |
concentric shaft | aci sepusat | Kejuruteraan Kapal Terbang | Tiada | Sepasang aci yang berada pada satu paksi sepunya, salah satu aci berada di dalam yang satu lagi. |
seismic basement | batuan dasar seismik | Kimia | Tiada | Batuan alas yang tertakrif daripada data seismik yang berada paling bawah jujukan batuan sedimen. Bahan kerak bumi yang berada di bawah dari batuan ini (kalau pun ada) tidak lagi dipentingkan dalam kajian yang sedang dalam perhatian. |
inertial frame | kerangka inersia | Matematik | Tiada | Kerangka rujukan yang menyatakan bahawa suatu zarah terpencil yang berada dalam keadaan rehat akan kekal dalam keadaan rehat, manakala yang berada dalam keadaan gerakan sekata akan mengekalkan halaju tetapnya. |
genus | genus | Herba | Botani dan Bioteknologi | Kumpulan tumbuhan yang mempunyai perkaitan yang rapat. Mengikut pengelasan taksonomi, genus berada di kedudukan lebih atas dari spesies dan berada di kedudukan bawah famili sesuatu tumbuhan. Genus merupakan perkataan pertama bagi nama spesies dalam sistem nama saintifik organisma. Contohnya, Carica ialah nama genus bagi spesies Carica papaya (betik) dalam famili Caricaceae. Perkataan ini ditulis secara italik dan huruf pertama menggunakan huruf besar. |
bookstall | gerai buku | Perpustakaan | Tiada | Ruang kecil, sama ada sementara atau kekal, untuk menjual buku, yang biasanya hanya membenarkan pembeli berada di bahagian luar, sementara penjual berada di bahagian dalam. |
row plot | petak berbaris | Pertanian | Agronomi | Unit kawasan yang dibahagikan sama ada mengikut ukuran yang tertentu, berada di dalam barisan atau susunan. Contohnya, petak padi di kawasan pengairan berada dalam baris, mengikut saliran dan perparitan. |
equatorial trough | palung khatulistiwa | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Palung tekanan rendah yang dangkal, umumnya berada di khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dari antisiklon subtropika salah satu hemisfera. Palung khatulistiwa di atas lautan berada di dalam jalur doldrum dan bergerak ke utara dan selatan mengikut arah matahari dengan masa susul selama satu atau dua bulan. Akan tetapi, palung ini tidak merupakan corak tetap carta sinoptik di semua longitud pada semua masa sepanjang tahun; khususnya, palung ini biasanya tidak wujud di kawasan daratan di hemisfera utara musim panas. |