Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berakhir 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
PCXPCXTeknologi MaklumatTiadaKependekan bagi PC PaintBrush X. PCX ialah format fail grafik raster untuk memampat imej monokrom, warna 2-bit, 4-bit, 8-bit, dan 24-bit. Format ini menggunakan RLE untuk menghasilkan nisbah pemampatan 1.1:1 hingga 1.5:1. Lazimnya format ini digunakan untuk imej latar belakang oleh aplikasi grafik yang digunakan pada komputer peribadi (PC). Format PCX dibangunkan oleh Zsoft Corporation untuk digunakan secara komersil pada program PC Paintbrush. Fail imej PCX berakhir dengan ‘.pcx’. Lihat pengekodan panjang jalan (RLE).
cecalsekalPerubatanTiada1. Berakhir dalam laluan buntu.,2. Berkenaan dengan sekum.,3. Berkaitan titik buta pada medan penglihatan.
caecumsekumPerubatanTiada1. Sebarang struktur atau bahagian yang berakhir dengan kantung atau saku buta.
rigor mortisrigor mortisVeterinarPraklinikalPerubahan khusus post mortem yang berlaku pada bangkai; iaitu pengkakuan kesemua otot selepas mati dan dikaitkan dengan pengecutan gentian otot apabila adenosina trifosfat dalam sel berkurangan. Rigor mortis mula berlaku antara 1 hingga 6 jam dan berakhir antara 1 hingga 2 hari. Proses rigor mortis ini lebih cepat berlaku pada bangkai haiwan yang kekurangan makanan daripada haiwan yang diberi makanan secukupnya.
railheadpangkalan kereta apiKejuruteraanTiada1. Tempat lalu lintas jalan rel bermula dan berakhir.,2. Bahagian paling atas rel, yang menyokong roda-roda kenderaan jalan rel.,3. Hujung sementara bagi landasan jalan kereta api yang dalam pembinaan.
oscillationayunanMatematikTiada1. Gerakan pergi balik atau turun naik, dengan satu ayunan terjadi satu gerakan lengkap iaitu bermula dan berakhir pada titik yang sama.
line of electric forcegaris daya elektrikKejuruteraanTiada1. Daya yang bermula dari suatu cas positif dan berakhir di cas negatif.,2. Garis khayalan pada medan elektrik, yang sama arahnya dengan keamatan medan pada setiap titik.
lipur laralipur laraKesusasteraanTiada1. Cerita tentang istana dan anak-anak raja yang gagah dan tampan yang harus menempuh berbagai dugaan untuk mendapatkan seorang puteri cantik jelita, senjata sakit, ubat penawar dan sakit berakhir dengan kegembiraan. Contoh: Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Jaka Tarub.
cue marktanda isyaratKomunikasiTiadaTanda kecil berbentuk bulatan yang tercatat di sudut atas kanan bingkai filem. Tanda ini diletakkan kira-kira 1 meter sebelum filem di gelendong berkenaan berakhir. Tujuannya ialah untuk memberi isyarat kepada jurutayang supaya bersedia untuk memutar filem di gelendong yang seterusnya.
lane markingstanda lorongSukanTiadaJalur pada dasar kolam, di tengah-tengah setiap lorong. Jalur ini perlu berwarna kontras dengan warna dasar kolam dan berukuran satu 1. m lebar. Setiap jalur berakhir pada jarak dua 2. m dari kedua-dua hujung kolam. Ia digunakan sebagai panduan arah kepada peserta.
12

Kembali ke atas