innovator | pengguna inovasi | Pentadbiran | Tiada | Kumpulan pertama pengguna yang berani mencuba sesuatu keluaran baharu. |
Attacks 9/11 | Serangan 11 September | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Serangan berani mati yang dilakukan oleh golongan yang mempunyai kaitan dengan Osama bin Laden dan al-Qaeda ke atas bangunan World Trade Center di Manhattan, New York City, Amerika Syarikat pada 11 September 2001. Menurut Laporan Suruhanjaya 9/11, empat buah kapal terbang komersial Amerika Syarikat telah dirampas semasa penerbangan domestik. Dua daripadanya melanggar Bangunan World Trade Center di New York City mengakibatkan kedua-dua menara bangunan tersebut runtuh. Kapal terbang yang ketiga terhempas di ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon, Arlington County, Virginia dan kapal terbang yang keempat terhempas di kawasan pedalaman di Somerset County, Pennsylvania Jumlah kematian akibat tragedi ini ialah 2986 orang. |
fear culture | budaya takut | Pentadbiran | Tiada | pandangan atau pegangan segolongan masyarakat yang tidak berani menempuh cabaran baharu. |
epic film | filem epik | Komunikasi | Tiada | Filem hikayat yang mengagung-agungkan seseorang wira yang mempunyai sifat berani. Filem ini lazimnya dihasilkan dalam skala yang besar. |
anti-hero | antihero | Kesenian | Drama dan Teater | Watak utama lelaki yang tidak memperlihatkan ciri seorang wira seperti tampan, gagah, bijak dan berani. Watak ini digambarkan sedemikian oleh pengarang untuk disesuaikan dengan jalan cerita. Sinonimantiwira. |
emblematic | nama lambang | Kesusasteraan | Tiada | Nama yang diberikan kepada watak dalam sesebuah cereka. Nama ini sebenarnya menepati dan memperlihatkan sifat-sifat sebenar watak tersebut. Melalui nama lambang, pembaca dapat mengetahui ciri-ciri seseorang watak, sama ada tegas, berani, bengis, gagah, cantik, penakut, pemalas dan sebagainya. Dengan kata lain, nama lambang memaparkan ciri-ciri peribadi sebenar watak. Ciri-ciri ini tergambar melalui sifat fizikal dan spiritual watak yang dilukiskan oleh pengarang dalam karyanya. Unsur nama lambang banyak terdapat dalam karya Melayu tradisional, khususnya melalui nama putera dan puteri raja Melayu yang memainkan watak hero atau heroin. Hal ini sama tergambar dalam nama puteri-puteri Melayu yang dilukiskan dengan begitu indah demi menggambarkan kecantikan dan kejelitaan mereka. Contohnya, nama Pak Pandir ialah perlambangan watak yang bodoh sementara Lebai Malang pula menggambarkan watak yang sentiasa dirundung malang. |
exemplum | cerita moral | Kesusasteraan | Tiada | Cerita pendek tentang sesuatu watak atau peristiwa yang mengandungi pengajaran moral yang lebih umum. Cerita moral biasanya mudah difahami dan menampilkan kisah atau perbuatan seseorang tokoh atau kejadian sesuatu peristiwa. Cerita moral membawa unsur nasihat dan pengajaran seperti nilai baik, pemurah, berani, sabar dan rajin. Contohnya, seorang pencerita ingin menyampaikan tema umum tentang cerita �Orang Tamak Selalu Rugi�. Tema cerita akan dihuraikan dengan beberapa contoh cerita yang berkaitan dengan kisah orang yang rugi akibat bersifat tamak. Ada juga kisah yang bersifat negatif seperti perbuatan jahat, kedekut, penakut, pemarah dan zalim. Kisah negatif dijadikan perbandingan dengan ciri-ciri perbuatan positif seperti sifat baik dan mulia. Dari segi sejarah di Eropah, cerita moral berasal daripada cerita nasihat yang terdapat dalam syarahan agama yang diberikan oleh paderi di gereja yang wujud pada akhir abad pertengahan. Contoh koleksi cerita moral yang terkenal ialah Teh Nun�s Priest�s Tale ole |
agropreneur | usahawan tani | Pertanian | Agroteknologi | Individu atau kumpulan yang menjalankan aktiviti pertanian secara perusahaan atau komersial. Matlamat usahawan tani adalah untuk memperoleh keuntungan yang maksimum dan mampu menukar corak aktiviti mengikut keperluan pasaran. Seseorang usahawan tani biasanya memerlukan modal yang besar, kemahiran yang tinggi dan sikap yang berani menanggung risiko. |
chivalric literature | sastera kesateriaan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya sastera yang berteraskan suatu sistem moral dan tata kelakuan kehidupan istana raja-raja. Karya ini hidup subur di Perancis, Sepanyol dan England sekitar abad pertengahan. Tema utama karya ialah kisah kepahlawanan, percintaan, kesetiaan, keberanian, perjuangan, peperangan dan sebagainya. Karya kesateriaan menampilkan wira selaku sateria yang gagah dan berani serta teguh kepada ikatan tradisi istana. Mereka sentiasa berjuang dan mempertahankan maruah, raja, permaisuri, wanita, serta masyarakat yang tertindas. Antara karya yang terkenal ialah kisah kepahlawanan Raja Charlemagne (Perancis), King Horn dan Guy of Warwick (England) dan King Arthur and the Knights of the Round Table dan Ivanhoe (Britain). |
dissenting opinions | pendapat bertentangan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pandangan daripada hakim yang berbeza dengan pandangan pihak majoriti dalam sesuatu kes penghakiman. Pandangan ini mempunyai kedudukan yang khusus dalam penyelesaian pertikaian undang-undang antarabangsa, sama ada melalui mahkamah atau timbang tara. Dalam konteks mahkamah antarabangsa terutamanya Mahkamah Keadilan Antarabangsa, pendapat bertentangan boleh menyumbang kepada perkembangan undang-undang antarabangsa. Pendapat ini pernah digunakan oleh hakim sebagai satu platform bagi menghasilkan pandangan yang lebih berani dalam situasi yang tidak mempunyai hukum perundangan yang tetap. Contohnya, pendapat bertentangan oleh Hakim Weeramantry, seorang hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam kes Lockerbie. Dalam kes berkenaan, beliau menyatakan bahawa Mahkamah Keadilan Antarabangsa boleh menyemak semula keputusan Majlis Keselamatan PBB walaupun keputusan tersebut merupakan satu pandangan eksekutif atau politik yang dibuat oleh salah satu cabang utama PBB. |