primary demand/ generic demand | permintaan asas | Komunikasi | Korporat | Jenis permintaan terhadap barangan berasaskan kelompok dan bukannya jenama. Jenis permintaan terhadap kelompok barangan boleh berubah disebabkan oleh pengaruh ekonomi, politik, teknologi, dan persekitaran sosiobudaya. Kelompok barangan boleh terbentuk berasaskan ciri pengeluaran barangan. Contohnya, barangan yang berasaskan sistem mekanikal berbanding barangan yang berasaskan ciri elektronik (digital atau analog), barangan berasaskan organik berbanding barangan berasaskan bahan kimia, dan barangan berasaskan seramik berbanding barangan plastik. Penjenisan permintaan bagi kelompok barangan dilakukan untuk menentukan andaian arah aliran pasaran semasa dan akan datang. Perubahan permintaan keseluruhan biasanya berlaku disebabkan oleh kemajuan teknologi. Contohnya, pada tiga suku terakhir abad ke-20, permintaan terhadap barangan berasaskan sistem digital meningkat berbanding barangan berasaskan mekanikal. Permintaan asas dikenali juga sebagai permintaan generik. |
International Non-Government Organization (INGO)) | Organisasi Bukan Kerajaan Antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Organisasi yang merupakan salah satu komponen dalam sistem antarabangsa. Organisasi ini terdiri daripada pertubuhan yang berasaskan keuntungan dan bukan berasaskan keuntungan. Contoh pertubuhan yang berasaskan keuntungan ialah Perbadanan Multinasional (MNC) seperti General Motors, Shell dan British Petroleum, manakala pertubuhan yang bukan berasaskan keuntungan ialah Gereja Roman Katolik dan Amnesti Antarabangsa. MNC merupakan aktor yang penting dalam sistem antarabangsa kerana keupayaannya mempengaruhi dasar luar negara asalnya serta negara tuan rumah yang dijadikan tempat operasi perniagaannya. Sumbangan MNC kepada negara tuan rumah adalah daripada segi pembentukan modal, kemahiran teknologi dan pengurusan, pembangunan dan imbangan bayaran. Perkara yang menjadi kebimbangan pihak negara tuan rumah ialah dominasi perindustrian, pergantungan kepada teknologi dan gangguan kepada perancangan ekonomi negara oleh pihak MNC. Sinonim INGO. |
redox reaction | tindak balas redoks | Herba | Fitokimia | Tindak balas yang melibatkan pengoksidaan dan penurunan molekul dalam sistem biologi. Proses ini sering berlaku dalam biosintesis metabolit sekunder yang melibatkan pelbagai agen pemindahan elektron seperti berasaskan piridina, NAD+-NADH atau NADP+-NADPH, berasaskan flavin, FAD+-FADH, berasaskan ferum-porfirina, sitokrom, dan berasaskan ubikuinon atau koenzim-Q, vitamin K. |
carotenoid | karotenoid | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Pigmen larut lemak yang berwarna kuning, oren, dan merah. Karotenoid tersebar luas dalam tumbuhan dan haiwan secara semula jadi dan dikelaskan kepada karotena dan klorofil. Penggunaannya sebagai pewarna makanan boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu yang berasaskan lemak dan yang berasaskan air. Kategori yang berasaskan lemak termasuklah marjerin dan mentega. Kategori yang berasaskan air merangkumi minuman ringan, hasil tenusu, dan makaroni. |
competency based education | pendidikan berasaskan kecekapan | Pendidikan | Tiada | Kaedah pendidikan berasaskan pemilihan kecekapan, kaedah penilaian, dan pencapaian. |
school-based progress | kemajuan berasaskan sekolah | Pendidikan | Tiada | Kemajuan yang dinilai berasaskan jenis sesebuah sekolah. |
ba yin | ba yin | Muzik | Tiada | Sistem pengelasan alat muzik di negara China yang berasaskan lapan jenis bahan, iaitu batu, logam, kulit, kayu, buluh, labu, sutera dan tanah liat Ba yin bermaksud lapan bunyi. Contoh alat muzik berasaskan kulit saperti gu (dram), berasaskan sutera seperti zheng (ziter) dan berasaskan buluh seperti di (ftut). Sinonim pa yin. |
arbitrary | arbitrari/sembarangan/sebarangan | Kesusasteraan | Tiada | 2. Tidak berasaskan pertimbangan tertentu atau teliti, tidak berasaskan pemikiran dan sekehendak hati. |
climatological forecast | ramalan klimatologi | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Ramalan yang berasaskan iklim sesuatu wilayah, dan bukan berasaskan kesan-kesan dinamik cuaca semasa. |
inversion | deret balikan | Muzik | Tiada | Pembalikan imej cermin berasaskan pic deret dasar yang berasaskan paksi pic pertamanya dalam muzik karya dua belas ton. Contohnya, deret balikan dalam gerakan pertama Symphony, Op. 21 oleh Anton Webern ialah A, C, B, Bb, D, C#, G, G#, E, F, F#, D#. Paksi pic pertama ialah not A. Lihat juga deret dasar, matriks dua belas ton. |