bakau | bakau | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Bruguiera spp., Ceriops spp., dan Rhizophora spp. daripada famili Rhizophoraceae yang terdapat di hutan paya. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk berus, berus mata buaya, mata buaya, lenggadai, tumu, dan tengar dan di Sabah termasuk lenggadai putut, beus, dan bangkita. Gubal kayunya mempunyai pelbagai peringkat warna coklat, iaitu pada peringkat kekuningan hingga kepada peringkat keunguan, dan teras kayunya berwarna coklat kelabu dan coklat merah, tetapi menjadi lebih gelap apabila terdedah. Kayu bakau mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 835 hingga 1170 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras dan berat. Kayu ini sukar digergaji, diketam, dan dikeringkan. Kayu bakau biasanya berukuran kecil dengan garis pusat yang kurang daripada 15 cm. Kayu ini biasanya digunakan sebagai pancang, kayu jaras, kayu cerucuk, kayu api dan menghasilkan arang kayu, pulpa dan kertas. |
ripper | riper | Kejuruteraan | Tiada | 1. Perkakas penyabak yang mempunyai tangkai engkol dan bilah panjang dan pipih yang hujungnya menirus berbentuk anak panah, digunakan untuk membuang sabak dengan memotong paku pemasang.,2. Perkakas udara mampat seperti gerudi batuan berat, yang mempunyai mata untuk memecahkan jalan dan kerja batu. Sinonim: pemecah konkrit; pemecah jalan.,3. Traktor yang mempunyai gigi keluli yang besar di belakanggnya, digunakan untuk memecahkan tanah jika tidak terlalu keras. |
bulk shot | rantaian pukal | Perikanan | Tiada | Rangkaian beberapa biji ladung terbelah yang diikat atau disepit pada tali untuk menambahkan berat tali. Rantaian pukal dibuat supaya umpan yang dipasang pada mata pancing kelihatan semula jadi. Lihat juga ladung terbelah. |
lysozyme | lisozim | Bioteknologi | Tiada | Enzim yang terlibat di dalam hidrolisis pada rangkaian N-asetilmuramil-α-(1-4)-N-asetil glukosamina dalam peptidoglikan. Enzim ini bersifat bakterisid dan mempunyai berat molekul 14 500 dengan nilai pH 11. Lisozim terdapat dalam putih telur, susu, air mata atau sel makrofaj polimorf. Lisozim dikenali juga sebagai enzim N-asetil muramidase. |
axe | kapak | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat yang digunakan untuk tugasan berat seperti menebang pokok atau menarah perahu. Kapak wujud pada Zaman Neolitik dan Logam. Pada Zaman Neolitik, kapak ada pelbagai jenis, antaranya kapak berbahu, kapak genggam dan kapak bersegi empat. Kapak besi bersoket dan kapak besi bersoket bertangkai panjang dijumpai pada Zaman Logam. Kedua-dua zaman ini mempunyai ciri kapak yang sama, iaitu bahagian mata berasah dan lebar, sementara matanya bertemu di bahagian hujung dan bawah. Banding beliung. |
osmium | osmium | Kimia | Tiada | Unsur logam peralihan dalam kumpulan VIIIB (atau 8) jadual berkala, simbol Os, nombor atom 76, berat atom 190.2, nombor pengoksidaan +2 dan +8, takat lebur 3000°C, takat didih 5500°C, berbentuk pepejal keras, berwarna putih, dan terdapat tujuh isotop yang stabil. Osmium diperoleh daripada bijih platinum atau aloi iridosmin. Osmium digunakan sebagai pengeras indium dan platinum, mata pen dan mangkin. |
marajali | marajali | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi pokok dan kayu Trigoniastrum hypoleucum daripada famili Trigoniaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah mata pacak dan merjali. Gubal kayu dan teras kayu marajali sukar dibezakan dan biasanya berwarna kuning muda. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara 945 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sangat keras dan sangat berat. |
hammerhead shark | yu tukul | Perikanan | Tiada | Ikan yu daripada famili Sphyrnidae, spesies Sphyrna lewini, iaitu jenis ikan pelagik pesisir pantai. Ciri yang paling ketara pada yu tukul ialah kepalanya yang berbentuk tukul serta mata dan hidungnya berada di bahagian hujung kepala. Yu tukul boleh mencapai panjang maksimum 4.3 m dan berat maksimum 150 kg. Ikan ini gemar memakan ikan sardin, kembung, tamban dan sotong dan tidak agresif atau berbahaya kepada manusia. Yu tukul boleh ditangkap dengan menggunakan rawai, pancing serta pukat hanyut. Ikan ini berpotensi sebagai ikan rekreasi kerana ia mampu memberikan tentangan kepada pemancing. |
curare poisoning | keracunan kurare | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada kurare, iaitu ekstrak yang tersangat toksik yang mengandungi lebih kurang 40 alkaloid dalam beberapa spesies tumbuhan Amerika Selatan. Bahan ini digunakan sebagai penenang semasa pembedahan dan kadangkala digunakan untuk mengawal konvulsi. Tindakannya adalah pada sistem saraf pusat. Keracunan akut akibat penyuntikan bahan ini ialah kegagalan pernafasan dan keruntuhan peredaran darah. Gejalanya termasuklah berat kelopak mata, diplopia dan kesukaran menelan dan bertutur, diikuti dengan paralisis hujung anggota, leher, dan diafragma. Dos yang mengakibatkan paralisis pernafasan ialah 0.1 ppm. |
cicah | cicah | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Stereospremum spp. daripada famili Bignoniaceae, tetapi hanya S. fimbriatum yang biasa didapati di Malaysia. Gubal kayu cicah berwarna lebih muda daripada teras kayunya, yang biasanya berwarna kuning coklat dan agak sukar dibezakan antara kedua-duanya. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana mempunyai banyak tisu parenkima dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 705 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu cicah agak sukar dikerjakan, dan dapat menumpulkan mata pemotong tetapi mudah dikeringkan tanpa kemerosotan yang teruk. Kayu ini sesuai untuk lantai, dinding, dan papan penutup, dan digunakan dalam binaan berat. |