Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.tus.ra.tus] | براتوس-راتوس

Definisi : beberapa ratus: ~ rakyat mati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.tus.ra.tus] | براتوس-راتوس

Definisi : beberapa ratus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beratus-ratus

Peribahasa

Penyu itu bertelur beribu-ribu,
     seorang pun tidak tahu;
ayam bertelur sebiji,
     pecah khabar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rice grainsbeberasMatematikTiadaTompok halus yang amat cerah dan beratus-ratus batu panjangnya, yang menonjol keluar dari latar belakang permukaan matahari yang lebih gelap. Tompok ini kebanyakannya kelihatan berhampiran dengan pusat cakera. Sifatnya tidak kekal, dan coraknya berubah dalam masa beberapa minit sahaja.
ccNUMA (cache coherent non-uniform memory access)ccNUMA (capaian ingatan tak seragam koheren cache)Teknologi MaklumatTiadaSeni bina multipemprosesan yang menyokong sehingga beratus-ratus mesin multipemprosesan simetri(SMP) yang berfungsi sebagai satu. Satu salinan sistem pengendalian digunakan dan semua CPU berkongsi satu ingatan sejagat.
polypeptidepolipeptidaKimiaTiadaKumpulan sebatian yang terdiri daripada unit asid amino yang digabungkan dengan ikatan amida (CONH). Oleh itu, polipeptida merupakan polimer asid amino yang rantainya terdiri daripada beratus-ratus unit asid amino. Terdapat polipeptida yang berantai linear, gegelung, atau berangkai silang. Susunan asid amino di dalam rantai ini menentukan fungsi biologi polipeptida tersebut. Misalnya, keratin dan protein.
polyembryonypoliembrioniBiologiEkologiKeadaan apabila dua individu atau lebih terhasil daripada satu sel oleh pembahagian embrio, pada satu peringkat yang sangat awal. Keadaan ini ketara pada serangga himenoptera parasit yang sesetengahnya menghasilkan beratus-ratus embrio daripada sebiji telur.
maser sourcepunca maserMatematikTiadaPunca sinaran elektromagnet samawi yang mengalami tindakan maser yang dikesan di atmosfera bintang berubah yang tua, di awan molekul yang berkaitan dengan bintang yang sedang terbentuk, dan di beratus-ratus punca yang lain.
celestial masermaser samawiMatematikTiadaPunca sinaran elektromagnet samawi yang mengalami tindakan maser yang dikesan di atmosfera bintang berubah yang tua, di awan molekul yang berkaitan dengan bintang yang sedang terbentuk, dan di beratus-ratus punca yang lain.
air massjisim udaraSainsHidrometeorologiBadan udara yang mempunyai perbezaan suhu dan kelembapan mendatar yang kecil. Badan ini terpisah daripada badan udara yang bersebelahan oleh suatu zon peralihan (perenggan) yang agak nyata dan mempunyai perbezaan suhu dan kelembapan mendatar yang besar. Dimensi mendatar jisim udara ini biasanya beratus-ratus kilometer ataupun mungkin ribuan kilometer. Bagaimanapun, istilah ini digunakan juga bagi fenomena yang berskala lebih kecil seperti bayu laut. Kehomogenan dalam badan udara ini dihasilkan kerana sentuhan berlarutan di kawasan punca dengan permukaan di bawah yang mempunyai suhu dan kelembapan yang seragam. Kawasan punca utama ialah kawasan terdapatnya antisiklon tetap atau separa tetap dengan sempadan yang tidak dapat ditentukan � yang merupakan ciri utama peredaran umum � antisiklon subtropika dan kutub serta antisiklon benua di musim sejuk. Perubahan perlahan sifat-sifat jisim udara yang terjadi di kawasan punca mengakibatkan gerakan udara yang berikutan dari kawasan tersebut, terutamanya melalui
ribosomeribosomKimiaBiokimiaRibonukleoprotein yang mempunyai struktur terkecil dan teratur, dan terdapat di dalam sel, termasuk bakteria, kulat, alga, dan protozoa. sebatian ini merupakan titik tengah dalam sintesis protein dan mengandungi protein, dan 45-60% asid ribonukleik (RNA). Hablur ribosom dapat dilihat menerusi mikroskop elektron sebagai lapisan titik-titik hitam yang terdiri daripada beratus-ratus ribosom dalam kumpulan tertentu.
eddypusarSainsHidrometeorologiGerakan bendalir yang berkaitan dengan golakan dan sukar ditakrifkan dengan singkat dan menyeluruh. Ciri asas pusar dirangkumi dalam takrifnya sebagai suatu jisim bendalir yang dapat mempertahan identitinya untuk suatu jangka masa terhad sewaktu bergerak di dalam bendalir sekilingnya. Pusar atmosfera mempunyai julat saiz kurang daripada satu sentimeter (golakan mikroskala) hingga beratus-ratus kilometer. (lekukan besar atau antisiklon) atau lebih. Pusar berskala kecil memainkan peranan penting dalam mempengaruhi campuran menegak unsur atmosfera seperti momentum, haba dan wap air (fluks pusar) sementara pusar berskala besar pula mempunyai peranan penting dalam pengangkutan melintang unsur atmosfera yang tersirat dalam peredaran umum.
incantationmanteraKesusasteraanTiadaPuisi Melayu tradisional yang longgar bentuknya dan tidak tetap panjangnya. Apabila diucapkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib atau magis yang dimanfaatkan untuk tujuan pembomohan dan pensihiran. Mantera merupakan rumus suci Hindu yang mempunyai ungkapan mistik dan disampaikan kepada dewa. Mantera dikenali juga sebagai formula magis, jampi atau sihir. Mantera merupakan bentuk puisi terawal yang dicipta oleh manusia. Penghasilan mantera berupa gugus-gugus perkataan yang dipilih dan distrukturkan dengan tujuan asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk ghaib dan alam. Mantera disebut juga sebagai ritual bahasa kerana membentuk sebahagian daripada ritual pembomohan dan pensihiran, manakala sebahagian lagi disebut ritual perlakuan. Dalam dunia Melayu, mantera dikenali sebagai jampi, serapah, tawar, sembur, cuca, puja dan seru. Setiap bentuk mantera disusun khusus untuk sesuatu tujuan. Oleh itu, terdapat beratus-ratus mantera di alam Melayu yang

Kembali ke atas