losses incurred | kerugian tertanggung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Jumlah kerugian berbayar atau belum berbayar yang ditanggung oleh insurer dalam tempoh tertentu. |
set-top box | kotak set-atas | Teknologi Maklumat | Tiada | Kotak stesen televisyen berbayar yang diletakkan di atas televisyen pengguna seperti stesen televisyen berbayar yang berasaskan kabel, Internet atau satelit. Fungsi kotak ini adalah untuk mengekod dan menyahkod isyarat video yang dihantar oleh stesen penyedia televisyen berbayar. Contohnya, kotak set-atas yang dibekalkan oleh ASTRO kepada pelanggannya. |
non-paid circulation | edaran tak berbayar | Komunikasi | Korporat | Pengedaran bahan penerbitan tanpa bayaran kepada pelanggan individu atau institusi. Bagi membolehkan edaran tak berbayar dilakukan, pelanggan perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh penerbit sesuatu bahan penerbitan. Syarat tersebut ialah pelanggan perlu mempunyai kepentingan perniagaan, kuasa beli, dan kepentingan imej serta memiliki reputasi jangka panjang. Bahan penerbitan ini dihasilkan dalam bentuk majalah, akhbar atau terbitan khas. Penerbitan jenis ini biasanya mengandungi maklumat yang mempunyai daya tarikan umum yang biasanya dikaitkan dengan motif perniagaan untuk meningkatkan pasaran dan keuntungan bagi barangan yang diiklankan. Selain itu, penerbitan ini juga mempunyai kecenderungan kandungan yang memiliki unsur tanggungjawab sosial, seni, dan kebudayaan. Tujuan akhir edaran tak berbayar adalah untuk memperkukuh citra pelanggan dan citra korporat sesebuah syarikat penerbitan. |
reply-paid postcard | poskad jawapan berbayar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Poskad yang mempunyai bahagian untuk jawapan berbayar. |
qualified circulation | edaran teristimewa | Komunikasi | Korporat | Pengedaran bahan penerbitan secara percuma atau berbayar dengan diskaun istimewa untuk sesuatu kelompok pelanggan tetap dan terpilih. Bahan penerbitan ini boleh dalam bentuk majalah atau akhbar, dan mengandungi maklumat yang mempunyai daya tarikan umum. Kandungannya biasa dikaitkan dengan motif perniagaan dan iklan. Contohnya, penggunaan gambar personaliti terkenal dalam sesebuah majalah perniagaan. Gambar personaliti tersebut biasanya digunakan untuk menghiasi halaman hadapan majalan berkenaan. Di dalamnya, disiarkan rencana tentang personaliti tersebut yang dikaitkan dengan sesuatu barangan yang diiklankan. Di samping itu, terdapat juga maklumat untuk pengguna seperti resepi masakan, keselamatan penggunaan barangan dan penjagaan kesihatan. Penerbitan ini biasanya diedarkan kepada pengguna yang terpilih dan dianggap mempunyai kuasa beli. Sinonim edaran terkawal. Lihat juga edaran tak berbayar, edaran berbayar. |
reduced paid-up insurance | insurans berbayar terkurang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans yang ditawarkan sebagai satu pilihan dalam faedah tidak lucut hak. Insurans ini memperuntukkan nilai tunai polisi yang digunakan sebagai premium tunggal untuk memiliki insurans berbayar yang berpatutan tetapi kurang daripada jumlah muka asal dalam kebanyakan kes. |
‘aqd isqatah | akad pengguguran | Perniagaan Islam | Tiada | Akad untuk menggugurkan sesuatu hak, sama ada berbayar atau tidak. Akad pengguguran tanpa bayaran dikenali sebagai ‘aqd isqat mutlaqah, iaitu akad pengguguran mutlak. Contohnya, pemiutang menggugurkan tanggungan pembayaran hutang yang wajib dibayar oleh penghutang. Akad pengguguran berbayar dikenali sebagai ‘aqd isqat mu‘awadah, iaitu akad pengguguran dengan balasan. Contohnya, pemilik hak shuf‘ah menarik diri daripada memperoleh hak tersebut dengan mengenakan bayaran kepada rakan kongsi. |
deferred group annuity | anuiti kumpulan tertunda | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Anuiti kumpulan yang menyediakan pembelian anuiti tertunda berbayar setiap tahun untuk setiap orang yang dilindungi di dalam kumpulan tersebut. Jumlah pembayaran anuiti ditunda ke satu tarikh, selalunya tarikh persaraan, dan ianya merupakan hasil tambahan anuiti berbayar individu. |
paid cheque | cek berbayar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
paid cover | sampul berbayar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | dalam berbagai-bagai bentuk dan saiz. |