ciri pseudaposematik | pseudaposematic character | Biologi | Ekologi | Bentuk, atau warna amaran palsu pada haiwan, apabila haiwan yang tidak berbahaya mempunyai keserupaan dengan haiwan yang berbahaya atau beracun. Dengan ini haiwan yang berkenaan akan mendapat perlindungan kerana pemangsa akan mengabaikan kedua-duanya. Misalnya, warna ular yang tidak berbisa menyerupai ular berbisa, dengan ini ular yang tidak berbisa itu dapat mengelakkan dirinya daripada musuh. |
venomous fish | ikan berbisa | Perikanan | Tiada | Tiada |
venomous animal | haiwan berbisa | Veterinar | Tiada | Tiada |
venomous organism | organisma berbisa | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
centipede (Scolopendra subspinipes) | lipan (Scolopendra subspinipes) | Perubatan | Tiada | Haiwan artropod berbisa dengan badan bersegmen antara 15 - 190, dan tergolong dalam kelas Chilopoda. |
antivenom | antivenom | Perubatan | Tiada | Bahan yang digunakan untuk merawat bisa binatang berbisa. |
antivenom | antivenom | Kimia | Tiada | Bahan yang digunakan untuk merawat bisa binatang berbisa. |
antivenin | antivenin | Farmasi | Farmakologi | Sediaan biologi yang digunakan untuk meneutralkan venom akibat gigitan haiwan berbisa seperti ular dan labah-labah. Sediaan ini mengandungi ampaian antibodi yang biasanya dihasilkan dengan menyuntikkan venom tersebut dalam kuantiti yang kecil pada haiwan seperti kuda, kambing atau amah. Sinonim antivenom. |
aposematism | aposematisme | Biologi | Ekologi | Warna atau tanda pada tubuh, atau struktur-struktur khas pada sesuatu organisma, yang memberi amaran kepada organisma lain, untuk pertahanan diri. Misalnya, beberapa spesies ular daripada famili Colubridae yang tidak berbahaya kerana tidak berbisa, menyerupai corak warna ular daripada famili Elapiidae, iaitu ular biasa. |
coral boot | but karang | Perikanan | Tiada | Kasut yang digunakan oleh penyelam skuba untuk aktiviti selam permukaan di kawasan terumbu karang. But karang digunakan untuk mengelakkan kerosakan pada batu karang apabila penyelam terpijak karang. But ini juga digunakan untuk melindungi kaki penyelam supaya tidak tercedera apabila terkena karang yang tajam atau hidupan berbisa. Lihat juga selam permukaan. |